Hukuman di dalam Islam berlandaskan kepada
keadilan untuk mencegah perkara buruk dari terus berulang dan menjadi
pengajaran agar ia tidak dilakukan oleh orang lain.
Biarpun konsep hukum dalam
Islam mementingkan memaafkan dan mendidik, perlaksanaan hukuman yang bersifat
pengajaran perlu dilaksanakan.
Sebarang
bentuk perlaksanaan undang-undang telah mengambil kira pelbagai pertimbangan. Hukuman bukan bersifat penyiksaan semata-mata.
Jika ia bermaksud untuk
penyiksaan, sudah pasti hukuman berat tidak perikemanusiaan dikenakan. Islam
mengamalkan kesederhanaan dalam mendepani sesuatu masalah berkaitan umatnya.
Terdapat empat matlamat hukuman dalam Islam iaitu melakukan pencegahan, memberikan
ganti rugi, melakukan pemulihan dan tujuan ukhrawi.
Melakukan pencegahan. Pencegahan adalah
kaedah untuk mendidik manusia agar tidak mengulangi perbuatan itu. Mereka
yang pernah dikenakan hukuman merasa insaf dan serik melakukan perbuatan
itu.
Tentu mereka tidak mahu mengulangi perbuatan salah yang menyebabkan mereka dikenakan hukuman sekali lagi. Sesungguhnya tidak ada manusia yang suka dihukum. Jadi, langkah terbaik ialah tidak mengulangi perbuatan itu.

Hukuman ditetapkan juga dapat mencegah mereka yang baru ingin melakukan
perbuatan itu. Mereka tahu, jika melakukan kesalahan itu ada hukuman telah
ditetapkan. Tambahan, mereka melihat atau mengetahui ada orang lain telah
dihukum.
Pencegahan dilakukan dua kaedah iaitu am dan khas. Pencegahan am
adalah menghapus atau menghalang unsur yang boleh mendorong seseorang melakukan
jenayah, sama ada dalaman atau luaran.
Unsur dalaman adalah hati atau tabiat manusia agar bencikan maksiat. Manakala unsur luaran ialah sesuatu yang boleh mencetuskan keinginan untuk melakukan maksiat seperti pergaulan bebas.
Unsur dalaman adalah hati atau tabiat manusia agar bencikan maksiat. Manakala unsur luaran ialah sesuatu yang boleh mencetuskan keinginan untuk melakukan maksiat seperti pergaulan bebas.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 59 bermaksud: “Wahai Nabi!
Katakanlah kepada isteri-isteri kamu, puteri-puteri kamu dan kepada
wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menutup kepala sehingga menutup dada
mereka. Semoga dengan itu mereka mudah dikenali (bahawa mereka wanita-wanita
mulia) supaya tidak akan diganggu (oleh lelaki tidak sopan).”
Ayat itu menjelaskan menutup aurat dapat mengelak wanita daripada diganggu
oleh lelaki. Ini termasuk dalam konsep pencegahan.
Pencegahan khas pula satu bentuk hukuman apabila individu telah melakukan
kesalahan seperti dikenakan hukuman penjara. Hukuman itu diharapkan dapat
menghalang mereka terus melakukan perbuatan salah.
Firman Allah SWT bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, maka deralah tiap-tiap seseorang dari kedua-duanya seratus kali dan
janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya sehingga mencegah kamu untuk
(menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan
hendaklah (perlaksanaannya) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari
orang beriman.” (Surah an-Nur, ayat 2)
Hukuman terhadap pelaku kesalahan ini diharapkan menjadi pengajaran dan
keinsafan agar tidak mengulanginya. Manakala hukuman yang dilakukan di
hadapan orang ramai diharap dapat memberi pengajaran agar tidak terpengaruh
melakukan perbuatan itu.
Memberikan ganti rugi. Kaedah ganti rugi
adalah sebagai ganti kepada hukum yang sepatutnya dikenakan. Contohnya,
kesalahan menyebabkan kerosakan harta benda digantikan dengan bayaran wang oleh
pelakunya.
Adalah merugikan jika kesalahan itu dihukum melalui harta pesalah pula dirosakkan. Maka, kaedah ganti rugi lebih sesuai dan mengelak kerugian lain.
Adalah merugikan jika kesalahan itu dihukum melalui harta pesalah pula dirosakkan. Maka, kaedah ganti rugi lebih sesuai dan mengelak kerugian lain.
Pelaku kesalahan perlu bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung
oleh pihak lain akibat perbuatannya sama sengaja atau tidak.
Fiman Allah SWT bermaksud: "Tiap diri bertanggungjawb atas apa yang telah diperbuatnya." (Surah al-Muddatstsir, ayat 38).
Fiman Allah SWT bermaksud: "Tiap diri bertanggungjawb atas apa yang telah diperbuatnya." (Surah al-Muddatstsir, ayat 38).
Perasaan tanggunjawab dapat melatih kita lebih berhati-hati dan sedar kesan
yang perlu ditanggung atas setiap perbuatan yang dilakukan. Jadi, ia dapat
mengelak individu melakukan kesalahan kerana kesannya dia yang perlu membayar
ganti rugi.
Hukuman dalam bentuk ganti rugi juga dapat difahami melalui firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 178 bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya."

Jelaslah, hukuman ganti adalah satu keringanan daripad Allah SWT. Malah,
Islam menegah orang melakukan balas dengan berlebihan yang bakal mencetuskan
masalah lebih besar akibat dendam dan marah. Sifat memaafkan lebih utama
diamalkan dalam Islam. Sebenarnya, hukuman ganti rugi termasuk dalam kategori
pencegahan khas.
Melakukan pemulihan. Pemulihan dilakukan
terhadap penjenayah yang telah dijatuhi hukuman bertujuan menyedarkan mereka
kesalahan yang telah dilakukan.
Pemulihan itu juga diharapkan dapat memberi kefahaman kepada mereka bahawa hukuman itu sebenarnya memberi kebaikan untuk mereka agar tidak terus melakukan perbuatan dosa yang mungkin memberi kesan buruk kepada diri sendiri.

Di samping itu tujuan pemulihan juga diharapkan dapat menyedarkan masyarakat
agar dapat menerima kembali pesalah dalam masyarakat. Pesalah telah menerima
hukuman dan itu telah memadai untuknya. Tidak perlu lagi masyarakat memulau
mereka yang boleh dianggap satu lagi bentuk hukuman.
Terdapat empat peringkat pemulihan dilakukan.
Pertama, menyedarkan penjenayah akan kesalahan telah
dilakukan agar mereka tidak mengulanginya. Ini kerana tidak dinafikan terdapat
pesalah sebenarnya tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu satu jenayah.
Ini terutama berkaitan jenayah tidak mematuhi berkaitan ibadat wajib. Contoh dalam soal berpuasa. Banyak orang tidak berpuasa, tetapi banyak yang tidak menggantikannya atau membayar kifarat atau disebut juga denda.

Firman Allah SWT bermaksud: “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa
hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir,
(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang
dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi
makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran
Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi
Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
Kedua ialah kesalahan dilakukan tidak dihebohkan kepada
umum bagi mengelak salah faham atau penghinaan terhadap pesalah. Hukuman yang
dikenakan sudah dianggap balasan setimpal.
Maka tidak wajar mereka ditambah hukuman dengan diaibkan kepada orang ramai. Seungguhnya, Islam menyuruh agar kita menutup aib orang lain.
Maka tidak wajar mereka ditambah hukuman dengan diaibkan kepada orang ramai. Seungguhnya, Islam menyuruh agar kita menutup aib orang lain.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan
janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk
panggilan ialah yang buruk sesudah beriman, dan sesiapa yang tidak bertaubat,
maka mereka itulah orang yang zalim.” - (Surah al-Hujurat, ayat 11).
Ketiga ialah memberi kesedaran kepada penjenayah agar
bertaubat. Sesungguhnya manusia tidak sunyi melakukan dosa. Pun, Allah SWT
memberi peluang kepada manusia bertaubat untuk menghapuskan dosa.
Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar, ayat 53 bermaksud: “Katakanlah,
wahai hamba-hamba-Ku yang pernah melakukan perbuatan melampaui batas ke atas
diri mereka, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya
Allah mengampuni keseluruhan dosa dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha
Penerima taubat.”
Keempat ialah hukuman yang mana perlaksanaannya bukan
bertujuan mendera atau menganiaya. Islam bersifat toleransi dan mementingkan
sikap kemanusiaan. Berbuat baik adalah satu perintah yang jelas sepertimana
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan (kamu)
berlaku adil dan berbuat ehsan." (Surah an-Nahl, ayat 90)
Tujuan ukhrawi. Ia bermaksud faedah diterima
penjenayah akibat hukuman itu ketika hayatnya di dunia. Dengan kata lain, ada
manfaat dan keuntungan bagi sesiapa dikenakan hukuman di dunia ini. Pun begitu,
ulama berselisih pendapat tentang perkara ini.
Imam Syafie berpendapat hukuman itu satu kifarat di dunia dan dosa
dilakukan terhapus yang mana tiada lagi hukuman di akhirat. Dengan kata lain,
dosa itu terhapus di dunia apabila telah menerima hukuman di dunia
ini.
Hujah ini bersandarkan kepada hadis bermaksud: "Manaka kau tahu mungkin (hukuman) hudud itu diturunkan sebagai kifarat kepada dosa."
Hujah ini bersandarkan kepada hadis bermaksud: "Manaka kau tahu mungkin (hukuman) hudud itu diturunkan sebagai kifarat kepada dosa."
Manakala Abu Hanifah berpendapat sebaliknya. Hukuman di dunia tidak
melepaskan seseorang daripada menerima hukuman di akhirat.
Beliau berhujah dengan firman Allah SWT bermaksud: "Yang demikian itu satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka mendapat seksaan yang besar."
Beliau berhujah dengan firman Allah SWT bermaksud: "Yang demikian itu satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka mendapat seksaan yang besar."
No comments:
Post a Comment