Hidup ini penuh
cabaran. Itulah yang membuatkan hidup menjadi lebih menarik. Penuh dengan onak
dan duri. Ada masam manisnya. Merasai pahit dan kelatnya. Secukup rasa dan
semua ada. Sebab itu orang kata, hidup ini umpama roda. Sekajap di atas dan
pada masa lain pula akan berada di bawah. Yang berada di bawah tidak selama-lamanya
di bawah. Melainkan dia memang suka berada di bawah tidak berminat atau
berusaha untuk berpusing ke atas.
Ketika melusuri
Facebook, ambo terbaca satu status di dinding seorang rakan. Seorang rakan yang
bersemangat kental dan tidak pernah menyalahkan takdir. Apa yang berlaku ada
hikmahnya. Ada pengajaran yang boleh dikutip dari catatan yang beliau
kongsikan.
Beliau baru bermula,
tetapi sudah ada pemerhatian dan pengalaman yang boleh dikongsikan. Itu
tandanya beliau tidak melakukan secara membabi buta. Ada kajian dan tumpuan
kepada apa yang dilakukan. Ambo pun rasanya akan pergi belajar dengan beliau.
Akan cara beliau di kaki lima yang dikatakan.
Ilmu kita kena cari
walaupun di mana-mana. Jangan hanya ingin berkongsi pengalaman dengan jutawan
sahaja. Berkongsi dengan peniaga di kaki lima lebih mencabar kerana kita dapat
melihat sendiri apa yang sedia dia lakukan. Bercakap tenga apa yang sebenarnya
dihadapi. Kalau berkongsi pengalaman dengan orang yang telah berjaya, dia hanya
akan bercerita apa yang lepas dan kita sukar untuk mendapat gambaran sebenarnya.
Mungkin, yang sudah berjaya itu akan menambah-nambah cerita untuk menjadi
nampak lebih hebat dan mencabar.
Kembali kepada
catatan di muka buku yang ambo maksudkan:
YA! Ambo buka meja di
kaki lima.
Pasni rasa nk wat buku tajuk.
Pasni rasa nk wat buku tajuk.
“MOVE ON : Dari Bilik Ekon ke Kaki Lima”
Kisah perjalanan
seorang jutawan.
Kepada rakan2 yg nk jana income ‘segera’, KAKI LIMA lah tempat yg boleh ambo syorkan. Sewa murah, kastemer ramai dan yg pasti sedar diri!
Kepada rakan2 yg nk jana income ‘segera’, KAKI LIMA lah tempat yg boleh ambo syorkan. Sewa murah, kastemer ramai dan yg pasti sedar diri!
Modal? RM2k xcukup
sebenarnya. Untung? teringat bomoh PRamlee cakap ..
“Kalau hujan... shatu
shennnn pun tak dapat”
Nak start berniaga
kena sit down dulu jap, mik pen n kertas... draw “big-picture” apa minat kita,
camana nak promote, bukan nak untung semata-mata (gembirakan kastemer), fast
action-fast result, lu manyak membawang mereput lerrr jawabnya.
JIWA KENA KENTAL...
kalau MALU better isi SPA tunggu panggilan interview!
Coretan baru sampai
rumah 1.00 pg
Kalau nak tau lagi
tips esok lak yer.
Itu
catatannya. Beliau bekas pegawai kerajaan Gred A yang ditamatkan kontrak perkhidmatan
gara-gara pertukaran kerajaan dari BN kepada PH.
No comments:
Post a Comment