Soal nikah dan cerai tidak boleh
dipandang mudah kerana memberi kesan yang besar kepada individu, keluarga,
masyarakat dan negara. Perceraian adalah perkara halal paling dibenci dalam
Islam, yakni perlu dielak daripada berlaku melainkan untuk mencari keadilan dan
menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangga.
Hidup berumah tangga banyak
cabarannya, umpama melayari bahtera di lautan gelora dan luas tanpa tepian. Justeru
itu, setiap pasangan suami isteri perlu menggunakan pendekatan berhemah dan
berlapang dada dalam mendepani rencah kehidupan berumahtangga.
Allah menjanjikan kebahagiaan hidup
suami isteri melalui perasaan kasih sayang. Semua makhluk berhak mendapat kehebatan erti kasih sayang jika mereka
benar-benar memahami anugerah yang Allah berikan ini.
Firman Allah bermaksud: “Antara
tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah mencipta untuk kamu pasangan
daripada golongan kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram. Dan
dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang.” (Surah ar-Rum, ayat
21).
Tanpa perasaan kasih sayang,
kekayaan tidak dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga. Banyak pasangan bertaraf
jutawan mengakhiri perkahwinan dengan perceraian.
Selepas perceraian, harta pula menjadi rebutan sehingga dibawa kes tuntutan ke mahkamah. Hal ini berlaku akibat terlalu terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat yang mana apabila berlaku perceraian, soal pembahagian harta menjadi agenda utama.
Selepas perceraian, harta pula menjadi rebutan sehingga dibawa kes tuntutan ke mahkamah. Hal ini berlaku akibat terlalu terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat yang mana apabila berlaku perceraian, soal pembahagian harta menjadi agenda utama.
Satu
fenomina baru melanda masyarakat sekarang hingga menyebabkan perceraian ialah
suami atau isteri mempunyai hubungan ’pasangan maya’ di laman sosial.
Ledakan rakan maya pada waktu itu menyebabkan banyak individu teruja dan ’lupa diri’. Golongan ini asyik berhubung melalui alam siber khususnya berborak di laman sembang berjam-jam setiap hari.
Ledakan rakan maya pada waktu itu menyebabkan banyak individu teruja dan ’lupa diri’. Golongan ini asyik berhubung melalui alam siber khususnya berborak di laman sembang berjam-jam setiap hari.
Bermula
dari alam siber lalu bertemu di dunia nyata. Bagi individu belum berkahwin ada
yang bertemu jodoh dengan rakan maya dan kekal bahagia. Masalahnya bagi mereka
yang telah berkahwin menjalin cinta gelap dengan rakan maya menjadi punca
keretakan rumah tangga.
Rakan
maya mudah mesra kononnya tidak ada sekatan perasaan malu kerana tidak perlu
melafazkan kata-kata. Malah reaksi wajah atau gerakbadan tidak diperlukan. Medium
menjadi penghubung adalah bait-bait kata-kata yang tertera di skrin komputer
atau telefon.
Dalam
hubungan itulah ada mengambil kesempatan atau terperangkap dengan cinta maya. Perkara
ini lazimnya mudah berlaku melibatkan bekas kekasih, rakan lama dan tidak
kurang dengan mereka yang sememangnya menjadikan ruang siber untuk berlagak
Romeo mahupun Juliet.
Hubungan
maya ini dikesan menjadi antara punca penceraian apabila suami atau isteri
mengetahui pasangan mereka mempunyai hubungan cinta lain. Tidak kurang juga mereka
sanggup meminta cerai dengan pasangan apabila terlalu yakin dan sayang kepada
pasangan maya yang dirasakan lebih sesuai dan mencintainya.
Untuk
mencegah perkara ini, persahabatan maya perlu ada batasannya. Bagi mereka yang
telah bergelar suami atau isteri, perlu bijak menilai tahap hubungan dengan
rakan maya berlainan jantina.
Haram
bagi isteri menjalin 'hubungan mesra' dengan lelaki lain biarpun hanya dalam
alam maya. Suami perlu tegas melarang isteri perkara itu terjadi. Dayus jika
suami mengetahui perkara itu tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan untuk
mencegahnya.
Riwayat
Tabrani, dari Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar dari
Rasulullah SAW bersabda: ”Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si
dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”
Lalu sahabat berkata: "Wahai Rasulullah,
kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?"
Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Iaitu orang
yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan
anak-anaknya)".
Kesetiaan pada pasangan dan sentiasa
menyimpan hasrat untuk kekal hidup bersama sehingga ke akhir hayat amat penting
dalam rumah tangga. Jangan biarkan rumah tangga dilanda badai sehingga menggagalkan
impian yang diikat ketika akad nikah dilakukan.
Sesungguhnya pahala amat besar bagi
isteri yang mentaati suaminya. Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seseorang
isteri solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan
serta menutup aurat dan taat kepada suami, lebih berhak baginya masuk ke syurga
dari sebarang pintu yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Suami dan isteri boleh mencegah
hubungan sulit maya jika masing-masing memberi perhatian dan mengambil berat. Hubungan
maya biasa terjadi disebabkan terasa diabaikan oleh pasangan. Bermula suka-suka
dan mengisi masa lapang, akhirnya mereka terjebak dengan cinta maya yang
mengundang masalah dalam rumah tangga.
Sebab itu amat penting cinta dan
kasih sayang suami isteri sentiasa dipupuk dan dijaga agar tidak terdorong
melakukan perkara yang dilarang agama.
No comments:
Post a Comment