Wanita yang kematian suami atau
bercerai dan meneruskan hidup tanpa berkahwin semula dipanggil ibu tunggal.
Mereka memiliki anak dan perlu memelihara anak yang meletakkan wanita itu
sebagai ibu dan pada masa sama melaksanakan tugas sebagai bapa.
Melihat
kegigihan ibu tunggal mencari rezeki bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.
Apatah lagi sekiranya tidak mendapat sokongan bekas suami terutama dalam soal
pemberian nafkah.
Hal ini ditambah dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar dan kenaikan kos sara hidup membuatkan golongan wanita perlu mempunyai kerjaya sambilan. Ibu tunggal yang terpaksa bekerja dalam masa sama memikul tanggungjawab menjaga anak di rumah.
Hal ini ditambah dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar dan kenaikan kos sara hidup membuatkan golongan wanita perlu mempunyai kerjaya sambilan. Ibu tunggal yang terpaksa bekerja dalam masa sama memikul tanggungjawab menjaga anak di rumah.
Bukan sedikit bilangan wanita
terpaksa menjadi ibu tunggal. Jika tidak mempunyai pekerjaan sendiri, sudah
tentu ibu tunggal tidak mampu menyara anak-anak yang ditinggalkan oleh suami
akibat perceraian maupun kematian.
Sesungguhnya ramai ibu tunggal
terpaksa melakukan pelbagai kerja di luar kemampuan dan kerelaan mereka
semata-mata demi menuruskan kehidupan menjaga anak-anak.
Mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang pada dasarnya tidak mampu dilakukan oleh wanita. Malah ada yang terdesak sehingga terpaksa melakukan pekerjaan terkutuk menjadi pelacur, menerima rasuah dan sebagainya.
Mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang pada dasarnya tidak mampu dilakukan oleh wanita. Malah ada yang terdesak sehingga terpaksa melakukan pekerjaan terkutuk menjadi pelacur, menerima rasuah dan sebagainya.
Sememangnya apabila keadaan terlalu
terdesak atau mencari jalan mudah, maka ramai yang sanggup melakukan apa saja
asalkan mendapat apa yang diperlukan.
Untuk mengelak nasib buruk menimpa
diri pada masa depan yang tidak pasti, wanita perlu mempunyai pekerjaan sendiri
dan membuat tabungan wang untuk kegunaan apabila diperlukan dalam kes
kecemasan.
Keadaan sekarang dengan segala
keperluan hidup perlu dibayar dengan wang menjadikan bertambah penting bagi
wanita bekerja, termasuk yang sudah berkahwin.
Satu fenomena yang baik apabila
bilangan isteri yang bekerja semakin ramai selaras dengan peredaran masa dan
corak kehidupan kini. Wanita yang berkelulusan tinggi dan mempunyai peluang
menjawat pekerjaan yang baik dengan pendapatan tinggi tentu tidak melepaskan
peluang untuk bekerja.
Sesuai dengan kelulusan dan
kemahiran, semakin ramai wanita kini menyertai bidang profesional seperti
kedoktoran, kejuruteraan, komunikasi, perakaunan, perundangan dan perbankan.
Ibu tunggal yang kematian suami atau
balu, memang terpaksa berdepan cabaran bersendirian untuk membesarkan
anak-anak. Namun, bagi yang bercerai dengan suami dan suami masih hidup, tanggungjawab
untuk menanggung anak-anak sebenarnya terletak di bahu bapa.
Bapa perlu lebih bertanggungjawab
untuk menyara keperluan anak-anak dengan bekas isteri kerana itu adalah tugas
mutlaknya. Perceraian tidak memutuskan tanggungjawab menyara anak yang masih
berada bersama bekas isteri. Para bapa perlu berasa 'malu' dan bersalah
menyerahkan tugas menyara anak kepada bekas isteri.
Wahai lelaki, jadilah bapa yang
bertanggungjawab biarpun selepas bercerai. Percerian hanya memutuskan hubungan dan
tanggungjawab dengan bekas isteri, tetapi tidak kepada anak-anak.
Pihak kerajaan perlu lebih prihatin
dan proaktif dalam membela nasib ibu tunggal. Bantuan pekerjaan dan kewangan
perlu diutamakan kepada ibu-ibu tunggal agar nasib mereka dan anak-anak akan
lebih terbela.
No comments:
Post a Comment