Tuesday, 11 September 2018

HUBUNGAN DENGAN NAMA ISMAIL

Tajuk entri kali ini HUBUNGAN DENGAN NAMA ISMAIL. Tiada pelik atau istimewa tajuk ini. Namun, ambo nak tulis sebagai satu catatan santai untuk semua, terutama adik beradik dan mereka yang mempunyai hubungan dengan ambo.

Ismail? Apa hubungan atau kaitan nama Ismail dengan diri ambo. Yang pertamanya pasti Ismail adalah nama bapa ambo. Lokman bin Ismail. Keduanya, Ismail adalah nama bapa saudara ambo. Ismail bin Ibrahim. Ayah ambo Ismail bin Abdullah bin Awang Kecil.

Nenek ambo, Sepiah binti Daud, isteri Yusuf bin Hassan, ada dua anak. Hok sulung Fatimah@Timah Yusuf, iaitu ibu ambo. Mak saudara ambo, yakni adik kepada ibu ambo bernama Fatimah Yusuf. Ambo tidak tanya kepada nenek ambo bakpo dia dia berkene sangat dengan nama Fatimah sehingga kedua-dua anaknya dibubuh nama Fatimah. Bezanya ibu ambo Fatimah@Timah, yakni ditambah @Timah.

Maka alkisahnya kedua-dua anak nenek ambo kerkahwin dengan lelaki bernama Ismail. Makanya juga, semua cucu kepada nenek ambo, Sepiah binti Daud, berbin dan berbinti kepada Ismail.

Agaknya nama Ismail tu serasi dengan keluarga ambo, lalu kakak ambo Norizan binti Ismail berkahwin dengan Ismail bin Hassan. Tidak cukup dengan itu, adik ambo Mohd Jurik bin Ismail berkahwin dengan Norma binti Che Ismail.

Yang satu lagi Khairi bin Ismail, budak muda asal Kuantan, Pahang berkahwin dengan adik ambo Radiah binti Ismail. Dah tu pula, abe ambo Muhammad bin Ismail menikah dengan Zainun binti Ismail.

Memandangkan ambo ada adik beradik 19 ore, ambo lupo siapa lagi di antara adik beradik ambo yang menikah dengan suku sakat yang ada nama Ismail.

Sekian kisah ambo berkaitan dengan nama ISMAIL.

No comments:

Post a Comment