Sunday, 21 October 2018

CENDERAHATI MAJLIS PERKAHWINAN

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan majlis perkahwinan zaman sekarang mesti dilengkapi dengan ‘door gift’ atau cenderamata untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. 

Berbanding dengan zaman dahulu, bunga telur merupakan satu bentuk door gift atau cenderamata yang paling popular sekali. Namun pada zaman sekarang, bunga telur kurang mendapat sambutan dan tidak lagi menjadi pilihan pasangan yang berkahwin untuk dijadikan door gift ataupun cenderamata.

Lambakan perniagaan yang menawarkan khidmat door gift untuk majlis perkahwinan masa kini menampakkan perubahan trend daripada memberi bunga telur kepada memberi sesuatu yang lebih menarik.

Antara door gift yang memberikan tarikan ialah mug, botol jar, cupcake, coklat, kotak berisi makanan dan macam-macam lagi. Door gift yang dihasilkan mestilah mempunyai bentuk fizikal yang menarik, unik, kreatif dan comel.  

Dapat dilihat bahawa kesemua perbelanjaan bagi menyediakan cenderamata ini sahaja mampu mencecah ribuan ringgit dan ini menjadikan pembaziran yang sangat banyak.

Amalan ini tidak menjadi masalah jika niat mahu bersedekah dan menjadi salah apabila tuan rumah berniat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan kepada orang ramai. Perkahwinan menurut Islam yang sebenar adalah mudah dan senang serta tidak membebankan.

Akan tetapi, sikap orang sekarang yang lebih mengikut trend sehingga sanggup berhutang untuk membeli door gift atau cenderamata yang mahal demi

Door gift kahwin adalah satu lagi elemen yang selalu memeningkan kepala para bakal pengantin. Walaupun kelihatan remeh, door gift kahwin sebenarnya agak penting kerana ia menunjukkan betapa anda menghargai tetamu yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anda. 

Namun benarkan door gift sebagai menghormati tetamu sedangkan ia hanya diagih-agihkan oleh kanak-kanak yang menjadi dayang mengagihkan door gift? Ada yang sekadar meletak di atas meja makan ketika tetamu sibuk menyuapkan makanan. Atau, berkejar-kejar dayang akan memberi door gift apabila ada tetamu meninggalkan majlis tanpa door gift di tangan.

Tetamu yang datang bertujuan untuk meraikan pengantin. Maka, yang perlu meraikan tetamu adalah pengantin sendiri. Sepatutnya pengantinlah yang akan menyerahkan door gift kepada tetamu sebagai tanda terima kasih.

Masa menyerahkan door gift itu juga peluang tetamu untuk menemui pengantin dan mengucapkan sesuatu yang baik kepada pengantin.

Malangnya sekarang ini, pengantin lebih berlagak dan perasan menjadi raja sehari. Sibuk di meja makan beradat dan sesi berfoto. Tetamu yang datang beratus kilometer sekadar layan diri sahaja. Macam makan di restoran atau di hotel.

Kepada pengantin, jangan duduk perasan sangat jadi raja sehari. Hormatilah tetamu dan bertemu dengan setiap tetamu. Tunggu mereka di muka pintu dan mempersilakan mereka menikmati hidangan. Memang tidak sempat untuk duduk melayan setiap tetamu, tetapi cukuplah bertegur sapa dengan mereka.

Apabila ada tetamu yang ingin meninggalkan majlis, masa itulah peluang menyerahkan door gift dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu. Betapa gembira dan rasa dihargai tetamu jika dilayan seumpama itu.

Paling tidak, door gift itu diserahkan oleh ibu bapa pengantin. Tidak sesuai dan tidak patut door gift diserahkan oleh kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment