Sunday, 21 October 2018

KHASIAT POKOK BUAH ULAT BULU

Pokok buah ulat bulu (Passiflora foetida) adalah sejenis pokok berbatang lembut merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Pokok ini hidup subur dan mudah tumbuh melalui penyebaran biji. Biasanya ia tumbuh melata di atas tanah ataupun memanjat pakok lain, pagar dan seumpamanya untuk mendapat lebih cahaya matahari. 

Daun dan batangnya diselaputi bulu halus. Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.

Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu sebab itu ia dipanggil buah ulat bulu.

Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.

Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain. Antara khasiatnya adalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga tenangkan orang diserang histeria. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan kulit. Rendaman panas dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak.

Daun mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan dalam merawat tekanan perasaan (neurasthenia), tidak boleh tidur malam (insomnia), kedatangan haid terlalu awal, gatal-gatal dan batuk.

Oleh kerana daun mengandungi bahan penenang maka rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan di bahagian kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan untuk untuk meredakan masalah perut dan asma.

Rebusan buah digunakan untuk penyakit asma dan kekembungan perut disebabkan dari gangguan hati.

Pokok ulat bulu secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.

Bunga buah ulat bulu adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.

Penggunaan buah ulat bulu secara klinikal telah dilihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem saraf, sebagai ubat gangguan spasmodic dan sebagai ejen rehat. Ia amat sesuai semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan badan lemah, khusus bagi keuzuran disebabkan usia.

Oleh itu ia amat berguna untuk meredakan kegelisahan dan mengatasi sentiasa terjaga di kalangan bayi dan warga emas. Ia mendatangkan kesan untuk tidur kepada mereka menghadapi tekanan jiwa dan mental.

Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas seksual, gangguan haid dan kesensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan.

Ia telah digunakan secara berjaya bagi meredakan kegelisahan demam kepialu, walaupun tindakannya kelihatan perlahan tetapi pasti. 

Kegunaan terawal dalam bidang perubatan adalah melegakan penyakit tetanus ke atas manusia dan kuda.

Ianya dikatakan amat membantu semasa serangan awal sawan. Ubat ini dikatakan amat membantu tetapi apabila sawan sedang berlaku ianya hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung.

Buah ulat bulu berkemampuan mengawal kekejangan dikalangan kanak-kanak yang diakibatkan dari pembengkakan gusi gigi susu, cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan meredalkan kekejangan otot rahang.

Buah ulat bulu adalah ubat penyembuh kesakitan, terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid, kesakitan pada rektum, sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot di sepanjang urat.

Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari tindak-balas yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot (spasmodic action).

Sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan atau dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan buah ulat bulu. Dalam semua kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal di beberapa bahagian atau fungsi.

2 comments:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete