Jajahan Tumpat terletak bersebelahan dengan Kota Bharu yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Jadi, kebanyakan penduduk Tumpat banyak berurusan di Kota Bharu, termasuk mencari rezeki.
Penduduk yang tinggal
di Pasir Pekan, Wakaf Bharu dan kawasan sekitar akan berurusan di Kota Bharu, berbanding
pergi ke bandar Tumpat. Maka, jadilah bandar Tumpat sebagai bandar 'mati'. Jarang
sangat orang masuk ke bandar Tumpat.
Dahulu Tumpat cukup terkenal
kerana menjadi perhentian terakhir perjalanan kereta api. Penduduk Kota Bharu perlu
ke Wakaf Bharu jika ingin menggunakan perkhidmatan kereta api.
Malah, di Tumpat juga
pernah wujud sebuah pelabuhan yang menjadi nadi aktiviti import eksport negeri Kelantan.
Jajahan Tumpat adalah
satu-satunya jajahan yang paling kecil antara jajahan di Negeri Kelantan dengan
keluasannya hanya 169.5 kilometer persegi.
Bagaimana pun Tumpat
merupakan jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan
beratus-ratus buah pulau sungai (river island) yang tidak berbukit yang amat
sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan.
No comments:
Post a Comment