Monday 18 February 2019

MAKAN TELUR BELANGKAS MASAK LEMAK

Belangkas kini mendapat permintaan tinggi penggemar makanan eskotik. Tengok pada bentuk badan, ramai tidak menyangka isi dan telur belangkas boleh dimakan.

Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.

Namun, diingatkan kepada mereka yang tidak biasa mengopek atau mengeluarkan isi daging dan telur belangkas, mereka perlu mempelajari atau mengetahui bahagian-bahagian tertentu badan belangkas.

Tidak semua bahagian badan belangkas boleh dimakan. Ini kerana terdapat sejenis toksin atau racun yang boleh memberikan ketidakselesaan seperti rasa pening jika dimakan.  

Belangkas sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). 

Satu keistimewaan belangkas ialah mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

No comments:

Post a Comment