Memandangkan permintaan belangkas semakin tinggi dan
menyebabkan populasinya berkurangan, kerajaan melalui kerjasama pusat pengajian
tinggi dan agensi penyelidikan berkaitan sumber air menjalankan kajian
terperinci mengenai belangkas, terutama berkaitan pembiakan serta habitatnya.
Jika penangkapan belangkas dilakukan dalam skala yang banyak
ia berdepan masalah kepupusan. Ini kerana proses pembiakan mengambil masa agak
lama. Belangkas mengambil masa lama untuk matang.
Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun kesepuluh pula ia baru mencari pasangan untuk mengawan.
Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun kesepuluh pula ia baru mencari pasangan untuk mengawan.
Memandangkan permintaan tinggi terhadap belangkas, kini
terdapat usaha pemeliharaan belangkas di dalam sangkar.
Belangkas semakin diminati sebagai makanan eskotik. Kini
terdapat banyak restoran menyediakan hidangan belangkas yang mendapat
permintaan ramai.
Belangkas yang pada masa lalu tidak laku dan tidak diminati kini telah menjadi hasil dagangan ekspot. Terdapat pengusaha yang mengeksport belangkas ke luar negara.
Belangkas yang pada masa lalu tidak laku dan tidak diminati kini telah menjadi hasil dagangan ekspot. Terdapat pengusaha yang mengeksport belangkas ke luar negara.
No comments:
Post a Comment