Monday 18 February 2019

KEGUNAAN KULIT BELANGKAS


Belangkas mempunyai nilai perubatan tinggi. Selain daging, telur dan darah, kulit (karapas) belangkas yang selama ini menjadi bahan terbuang tapi kini mempunyai nilai tinggi.

Kulitnya didapati mempunyai nilai kerana mengandungi kitin (bahan mentah menghasilkan kitosan dan berguna sebagai makanan untuk diet atau mengurangkan berat badan) yang tinggi berbanding biasa ditemui pada udang atau cangkerang ketam.


Kitosan dalam dunia perubatan digunakan untuk menyerap lemak dalam badan yang dijual dalam bentuk kapsul.

Belangkas sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

No comments:

Post a Comment