Siapa
dimaksudkan diktator? Diktator ialah gelaran bagi pemimpin negara yang berkuasa
mutlak. Dia bebas melakukan gaya pemerintahan tanpa boleh ditegur atau diubah oleh
pihak lain.
Diktator
biasanya bukan dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Atau jika dipilih oleh rakyat,
dia tidak melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Dia terus berkuasa dan
menyekat kebebasan rakyat untuk memilih pemimpin lain.
Pemimpin
diktator merampas dan menafikan hak rakyat memilih pemimpin. Mudah kata, pemimpin
diktator berkuasa secara kekerasan yang tidak disenangi oleh rakyat.
Namun, rakyat
tidak mampu melakukan apa-apa untuk menukar pemimpin diktator itu kerana undang-undang
dan kuasa berada sepenuhnya di tangan pemimpin berkenaan.
Di
negara barat, istilah diktator biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan
yang kejam. Contoh pemimpin yang dikaitkan dengan sifat diktator ialah Benito Mussolini
dari Itali, Adolf Hitler (Jerman), Idi Amin (Uganda) dan Francisco Franco bekas
pemimpin Sepanyol.
Gambar durian raja kunyit sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment