Monday, 25 March 2019

PENGANJUR AGIH ARAK PERCUMA


Kes penganjur mengagih arak secara percuma di sebuah pasar malam bukti sikap tidak cakno atau prihatin isu berkaitan sensitiviti kaum dan agama. Kes berlaku di negeri pernah digemparkan dengan isu penganjur majlis mengidamkan daging babi kepada tetamu beragama Islam itu juga amat keterlaluan.

Apakah alasan untuk penganjur mengedarkan arak secara percuma itu. Secara moral, perbuatan itu memang amat keji. Selain mencabar sensitiviti agama, tiada mana-mana pihak yang mengatakan arak baik untuk kesihatan.

Jadi, apakah alasan pihak penganjur mengedarkan arak secara percuma? Jika ingin meraikan atau berterima kasih kepada pengunjung, berilah sesuatu yang mendatangkan kebaikan yang pasti lebih dihargai oleh semua pengunjung.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.

Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

Namun, malang sekali perkara itu dipandang mudah sehingga minuman keras menjadi kebiasaan muda-mudi, meneguknya di mana-mana tanpa malu dan segan lagi, halal dan haram dipandang sepi, asalkan nikmat sementara dirasa sesekali.

Hakikatnya, arak bukan perkara yang mendatangkan kebaikan, kecuali dalam beberapa situasi. Namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan kepada pengambilan arak kerana kesan buruknya lebih besar. 

No comments:

Post a Comment