Toner Natasya dirumus
menggunakan ekstrak Aloe Vera dan bunga Witch Hazel serta diperkaya dengan
kebaikan vitamin C khusus untuk menyegarkan kulit di samping membantu
mengecilkan liang pori agar kulit wajah.
Ia turut berperanan untuk mengekalkan
kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan tidak
bermaya.
KEBAIKAN TONER
NATASYA:
- Menyaman dan
menyegarkan kulit.
- Mengatasi masalah tona kulit yang tidak
sekata.
- Meningkatkan kecerahan kulit.
- Memelihara keanjalan dan ketegangan kulit.
- Menyingkirkan minyak dan kotoran pada kulit
wajah.
- Mengecilkan liang pori.
- Memelihara kelembapan kulit.
- Mengatasi masalah kulit yang kering serta
berjerawat.
- Memudarkan kesan parut.
- Membuatkan kulit anda lebih sihat dan
bersinar
KANDUNGAN TONER NATASYA:
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang
berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit,
membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping
merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan
kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya
mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping
membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Witch Hazel: Ekstrak bunga
Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang
berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan
kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat,
memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu
mengekalkan kelembapan kulit.
Vitamin C: Vitamin C merupakan antara
ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di
samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C turut
berupaya mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki tekstur kulit seterusnya
memelihara kelembapan dan kehalusannya di samping membantu menggalakkan
penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta
menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi
kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca
daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus
membantu menentang proses penuaan kulit.
Dermawhite: Sebatian organik yang terhasil
daripada ramuan semulajadi ini bukan sahaja mampu meningkatkan kecerahan kulit,
malah ia diyakini berkesan untuk memudarkan kesan bintik-bintik hitam,
menyingkirkan sel kulit mati, serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat
pancaran cahaya matahari.
Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat
dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal
bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid
salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori
sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut
membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat
kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang
mempercepatkan proses penuaan.
CARA PENGGUNAAN TONER NATASYA:
- Cuci wajah sehingga bersih.
- Semburkan Toner Natasya pada keseluruhan
muka dan ratakan dengan jari.
- Gunakan setiap pagi dan malam sebelum
menggunakan krim pelembap.
No comments:
Post a Comment