Apa
itu dimaksudkan dengan Law of The Garbage Truck atau Peraturan Lori Sampah?
Sikap
sesetengah individu macam lori sampah. Hidup dia seharian asyik kutip sampah,
kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.
Sampai
masa, lori sampah dia penuh. Pada masa itu, dia sudah tidak boleh hendak kutip sampah baru lagi. Jadi,
untuk dia terus dapat mengutip sampah, dia kena cari tempat untuk buang dan
longgokkan sampah-sampah dia tu.
Sampah
yang dimaksudkan itu ialah melakukan sikap buruk seperti berdendam, suka marah,
mengumpat, membuat fitnah, suka masuk campur urusan orang lain, ego, sombong,
dengki, tidak mahu menerima nasihat orang lain, mudah marah, tidak mahu memaafkan
orang lain dan sebagainya.
Sikap
buruk itu adalah sampah yang dibawa masuk ke dalam diri. Dalam keadaan biasa,
mungkin ia masih mampu dikawal dan tidak menampakkan keadaan terdesak.
Namun,
jika terlalu banyak sampah sudah berada di dalam diri, ia akan terkeluar dengan
sendiri atau perlu dibuang.
Sebab
itu kita selalu berdepan dengan sikap individu mudah marah, sukan makan orang
lain, bertindak ganas dan mengamuk tidak tentu pasal.
Jadi,
untuk mengelak diri kita menjadi lori sampah, jangan sekali-kali mengamalkan
sikap-sikap berbentuk sampah. Jangan bawa sampah dalam diri sendiri. Hiduplah
dalam keadaan bebas sikap buruk.
Jika
ada individu cuba membawa masuk sampah ke dalam diri kita, jangan terikut-ikut
bertindak balas dengan tidak wajar atau melakukan sesuatu yang lebih teruk.
Kalau
kita bertindak balas, itu bermakna kita telah mengambil separuh dari sampah mereka.
Apabila kita mula membawa sampah dalam diri, itu bermakna kita sudah mula menjadi
lori sampah dan akan terus mengutip sampah.
Jika
ada sampah ingin dihumbang ke dalam diri kita, jangan mudah menerimanya. Anda
cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.
Kalau
anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah
jadi lori sampah, sama seperti mereka. Apabila lori sampah anda telah penuh, anda
pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.
Sebab
tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini,
comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je
suci. Perli memerli dan sebagainya.
Kenapa?
Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa
lapang sikit sebab lori dah kosong.
Kerana
itulah, semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa
aman damai, kawal diri dan menguasai perasaan sendiri.
Perasaan
orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita adalah kawalan kita. Kita
boleh kawal sepenuhnya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.
Jadi,
jangan buat sampah dan mencari sampah untuk dimasukkan di dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment