Tuesday 28 May 2019

MENIRAP PLANKING BANTAH KENAIKAN KADAR ELEKTRIK


Marah dengan kenaikan kadar elektrik? Geram kerana harga barang juga akan turut  naik? Bengang tapi tak pasti apa nak buat?

Apa kata keadaan ini dibantah dengan mengambil gambar aksi “planking” atau meniarap di kawasan umum (asalkan bukan di tengah jalan raya yang sesak atau di litar perlumbaan Sepang sewaktu motosikal atau kereta sedang laju bersaing) dan dihantar ke laman sosial maya Facebook?

Juga pastikan apabila mengambil gambar aksi planking itu, ia  tidak menghalang lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam. 

Planking yang merupakan aksi meniarap dengan merapatkan kedua-dua tangan dan lengan di sisi badan di tempat awam adalah fenomena bantahan biasa di seluruh dunia sejak sedekad lalu.

Selain mengadakan tunjuk perasaan, menghantar memorandum kepada kerajaan dan mengkritik tindakan menaikkan kadar elektrik itu melalui laman-laman web, rakyat digalakkan supaya menyertai kempen bergambar planking.

No comments:

Post a Comment