Thursday 2 May 2019

PUSAT LATIHAN PERTANIAN KADA MELOR

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ditubuhkan antara lain bertujuan meningkatkan pendapatan per kapita keluarga tani selaras dengan pendapatan per kapita Negara, menggalak dan memajukan industri hiliran asas tani, dan membangun dan memperteguhkan institusi peladang untuk menaungi keluarga tani.

Untuk menjayakan matlamat itu, antara perkara utama dilakukan ialah memberi kursus, latihan dan seminar kepada para pegawai, petani dan orang awam.

Justeru, KADA mempunyai pusat latihan sendiri iaitu Pusat Latihan Pertanian KADA Melor. Pusat latihan itu juga dikenali sebagai Persiaran KADA Melor. Terletak kira-kira 18 kilometer dari Kota Bharu dan hanya kira-kira 2 kilometer dari pekan Melor.

Pusat latihan itu unik kerana dibina di kiri kanan sebatang taliair. Kawasannya cukup menarik dan mendamaikan. Jambatan dibina untuk menghubungkan antara kedua-dua bahagian.

Kemudahan yang disediakan ialah dewan kuliah, dewan makan, asrama dan surau.

No comments:

Post a Comment