Serangan
pemikiran bertali arus semakin senang dilakukan musuh Islam apabila orang Islam
sendiri menyokong tindakan mereka. Musuh Islam mendapat pertolongan dari orang Islam
liberal yang telah terpesong pemikiran mereka dari landasan Islam sebenar.
Terjahan
kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berlapang dada
dengan penyelewengan ini. Antara cabaran yang kian mendapat tempat dalam
kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara
diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai keadaan.
Seperti
bala sedang menghempap tanah leluhur apabila fahaman neo muktazilah, Islam
Inklusif atau Islam liberal sedang merayap dan mengukuhkan akarnya.
Pluralisme
agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang antara kaum adalah
racun yang membunuh akidah. Simptom ini makin mencolek mata dan nurani kita
semua yang beriman.
Berdoa
beramai-ramai dengan pelbagai fahaman agama diperkuburan bukan Islam, berbuka puasa
di rumah sembahan bukan Islam, kongsi raya bahkan meletakkan semua agama menuju
ke arah syurga dan semua agama menuju ke arah kebenaran adalah fahaman jamak
agama yang membaham kemuliaan Islam.
Dengan
terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta
pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk
berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka.
Mereka
secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan
sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
No comments:
Post a Comment