Friday, 31 May 2019

Lelaki hentak cermin kereta dipenjara 12 bulan

Tindakan seorang penunggang motosikal yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta sehingga retak menerima padah apabila  Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan kepadanya.

Hukuman tersebut dijatuhkan kepada Danial Abdullah Tan, 31, berikutan tindakannya yang berlaku di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan pada 28 Mei. Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman tersebut bermula semalam, iaitu pada tarikh dia ditangkap.

Dia dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan khianat. Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman tersebut selepas pesalah mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Danial didakwa melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, dengan cara mengetuk menggunakan topi keledar di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, pada 5.30 petang 28 Mei lepas.

Dia dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Apabila disoal atas tujuan apa yang menyebabkan tertuduh melakukan perbuatan tersebut, lelaki tersebut memaklumkan dia bertindak sedemikian selepas motosikalnya dihimpit dan hampir dilanggar.

Danial: Sebab itu saya himpit kereta dia (mangsa) untuk berbicara tapi dia tunjuk jari pada saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus bertindak bodoh dengan menghentak cermin keretanya.

Tindakan tertuduh telah dirakam oleh mangsa menggunakan kamera ‘dashcam’ dan rakaman tersebut telah tular di laman sosial sejak Rabu lepas. Kesan daripada itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment