Kisah air karat dan berkelodak di Kelantan
tidak pernah sunyi. Namun, bagi pentaksub parti pemerintah Kelantan, mereka kata
itu hanya fitnah dan sengaja diadakan untuk memperlihatkan keburukan kepimpinan
kerajaan Kelantan.
Hari ini ambo salin dan tampal cerita dari
wall FB seorang yang dahulunya pentaksub parti pemerintah Kelantan, kini bertukar
parti yang berlawan dengan bekas parti yang pernah beliau berjuang habis-habisan
mempertahankannya.
Posting di wall beliau bertajuk: SEMUA
PENCINTA AIR KARAT DIPERSILAKAN SCRENSHOOT DAN SEBAR
Ni kisah Air terkini.. Rumoh saing
ambo sendiri... Lokasi Kadok.. Kalau hak mana kata ambo fitnah, cakap bila.. .
Jam berapa kita pergi rumah dia.. Tak jauh Kadok jah.. Dalam parlimen ketereh..
Negeri kelantan. ...
Jangan bacul, messenger ambo segera,
kita gi ramai2 terutama Pemuda Pas Kelantan dan gamuda dun pasir tumboh dan
semua pencinta air karat kelantan... Mulai hari ini ambo akan bongkarkan cerita
air karat kelantan...
Walaupun ada Alat Penapis, ia ada 2
Saluran, iaitu saluran direct dr Paip Air Kelantan, dan 1 lg Saluran yg melalui
penapis.
Setiap hari selama setengah jam
terpaksa dibuka Saluran direct baru boleh guna saluran penapis utk pastikan air
bleh bersihkan.. Kalu lalu penapis dgn kualiti air hitam gini, x sampai sebulan
kena tukar Pasir Penapis..
Tuan rumah ni terpaksa mencuci setiap
hari dan x sampai Setahun kena tukar alat penapis dalam tangki penapis tu.
Bila cuci, Bil Air menjadi Tinggi
disebabkan kena buka Lebih Setengah Jam barulah air jadi bersih utk salur ke
dalam rumah.
Bil Air Tinggi weh kalu hari2 kena
cuci dahulu...
No comments:
Post a Comment