Thursday, 30 May 2019

TUGAS AGIH ZAKAT DISERAH KEPADA BUKAN ISLAM


Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf. Ini kerana tiada nas yang menjelaskan haram perbuatan itu dilakukan. Mengikut hukum fikah, semua perkara adalah harus, melainkan ada nas mengatakan sebaliknya.

Justeru, dari sudut feqah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.

Ini hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.

Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain.

Persoalan yang timbul ialah mengapa perlu urusan berkaitan orang Islam perlu diwakilkan kepada orang Islam. Tiadakah orang Islam yang boleh diwakilkan melakukan tugas menyerahkan zakat itu?

Persoalan ini nampak remah, tetapi jika dibiarkan berterusan, mempamerkan kelemahan orang Islam dalam urusan orang Islam sendiri. Ia menampakkan seperti tiada orang Islam lain yang mampu melakukan tugas mengagihkan zakat sehingga 'terpaksa' menggunakan khidmat orang bukan Islam.

Kalaupun, ada pemimpin di kalangan kafir yang ingin turut serta dalam program pengagihan zakat, cukuplah dia hadir bersama. Jika ada ingin menyerahkan milik diri sendiri atau sumbangan lain, maka itu baru sesuai diserahkan oleh pemimpin kafir yang dianggap satu 'keuntungan' politik untuk diraih.

Jika tujuan penyampaian itu untuk meraih keuntungan politik, mengapa tidak diberikan kepada pemimpin Islam untuk meraih atau mendapat perkara itu. Mengapa kita memberi peluang kepada pemimpin kafir untuk mendapatkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

No comments:

Post a Comment