Thursday, 30 May 2019

DJ DAVE PELUK ISLAM SELEPAS RAKAM LAGU MENJELANG HARI RAYA

Penyanyi Datuk DJ Dave mengakui, lagu Menjelang Hari Raya yang mendapat sentuhan komposer S Atan menyimpan nostalgia yang tersendiri.

Beberapa bulan selepas merakamkan lagu itu, dia tertarik untuk memeluk Islam kerana terpesona dengan keistimewaan agama Islam.

Lagu itu memberi ilham, malah menjadi pendorong untuk Dave memeluk Islam. Dia bertuah mendapat sokongan keluarga angkat di Kampung Baru, selain bergaul dengan jiran untuk lebih mendalami agama Islam. 

DJ Dave ada nama glamor sebagai penyanyi. Nama asalnya Dhammi Jagjit a/l Sukhde, sebelum ditukar kepada Irwan Shah Abdullah apabila memeluk Islam. Beliau dilahirkan pada 14 Februari 1948

Kerjaya Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Pada tahun 1973, DJ Dave telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan. 

 

MENJELANG HARI RAYA

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa
Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

 

 

No comments:

Post a Comment