Mengikut syariat
Islam, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar milik Kerajaan dengan
berjaya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini
berdasarkan kepada pendapat kebanyakan ulama.
Berdasarkan pendapat
Mazhab Maliki, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara sahaja,
jika setelah mendapat hak milik tanah itu tetapi selepas itu dibiarkan semula
terbiar dan orang lain pula mengusahakannya, maka hak milk tanah itu akan
berubah kepada si pengusaha tanah baru itu.
Hukum ini berdasarkan
kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah
yang tidak oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak
terhadapnya" (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari).
Hadis ini
menggalakkan umat manusia supaya memanfatkan tanah supaya tidak begitu terbiar
sahaja. Seseorang yang ingin menjayakan tanah terbiar, dibenarkan menanda atau
memagar tanah tersebut bagi menjalankan pertaniannya.
Bagaimanapun tanah yang
ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa
diusahakan.
Jika dibiarkan begitu
orang lain berhak mengusahakannya. lanya berdasarkan amalan yang dijalankan
oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya,
Tanah dianggap terbiar atau mati jika
ia gersang 'yakni tiada pengairan, berpaya atau ditenggelami air, tidak sesuai
untuk tumbuhan, tidak boleh digunakan bagi tujuan lain selain pertanian,
terletak jauh daripada penempatan penduduk, tidak termasuk dalam kawasan
simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan
padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah'.
Bagaimanapun ada
perselisihan pendapat dalam undang-undang Islam sama ada keizinan pemerintah
diperlukan sebelum seseorang itu memulakan penerokaan. Pendapat Imam Abu
Hanifah pengasas mazhab Hanafi menyatakan keizinan diperlukan.
Dua ulama utama mazhab Hanafi iaitu Abu Yusof dan Hasan Al-Syaibani serta mazhab al Shafie berpendapat sebaliknya.
Pendapat ketiga yang juga pendapat mazhab Maliki
menyatakan izin diperlukan jika tanah itu terletak hampir dengan kawasan
penempatan. Hal ini kerana tanah itu ditakuti termasuk dalam kawasan simpanan
awam.
No comments:
Post a Comment