Sunday, 5 May 2019

CIRI KAIN COMO CREPE

Satu kategori atau jenis kain paling digemari sekarang ini ialah como crepe atau juga dikenali Korean crepe. Kain jenis ini sangat digemari oleh peminat jubah di Malaysia.

Materialnya lembut dan tidak panas. Kainnya agak berat berbanding kain satin. Kain como crepe tidak jarang dan tidak mudah berkedut. Ia juga tidak melekat di badan sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Ciri-ciri kain como crepe yang berat atau mudah 'jatuh' membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. 

Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang.

Kain como crepe jenis yang mudah dibasuh dan mudah digosok sebelum dipakai. Ciri mudah atau kurang menggosok, bahkan dalam keadaan tergesa-gesa tidak perlu digosok, menjadikan pilihan mereka yang sentiasa sibuk.

Kain como crepe sangat menepati ciri-ciri pemakai yang mementingkan keselesaan dan kekemasan kerana kelebihan yang dimiliki berbanding jenis-jenis kain yang lain.

No comments:

Post a Comment