Friday 3 May 2019

RS SERUNDING KAMPUNG LAUT

Diasaskan pada tahun 1985, Serunding Ramlah Salleh (RS Serunding) adalah antara jenama terkenal pengusaha serondeng di Kampung Laut, Kelantan. Edaran RS Serunding kini bukan sahaja di sekitar Kelantan, tetapi di seluruh Malaysia dan melepasi sempadan antarabangsa apabila ia sering menjadi bekal mereka ke luar negara.

RS Serunding kini beroperasi di Laman Warisan Serondeng Kampung Laut, pusat sehenti pengusaha dan peniaga serondeng yang dibangunkan oleh kerajaan. 

RS Serunding mementingkan kualiti dan cita rasa asli serondeng yang dihasilkan. Jenis serondeng yang dihasilkan ialah serondeng daging (daging tempatan dan import), serondeng ikan dan serondeng ayam.

Permintaan terhadap produk RS Serunding memang tinggi, terutama pada masa bulan puasa dan perayaan. Ada pelanggan yang terpaksa membuat tempahan seawal sebulan sebelum bulan Ramadan. 

Catatan - rencana dikemaskini 28 Feb 2023

No comments:

Post a Comment