Thursday, 16 May 2019

Bunga nipah muda sesuai dibuat kerabu

Pokok nipah boleh dianggap pokok serba guna seperti pokok kelapa. Semua bahagian pokok nipah boleh dimanfaatkan. Pokok nipah hidup di tanah lembab atau berpaya. Pokok nipah dikategori jenis pokok palma.

Salah satu bahagian pokok nipah yang mendapat permintaan tinggi ialah bunga nipah. Menu resipi bunga nipah paling terkenal ialah kerabu bunga nipah.

Pokok nipah matang mengeluarkan tandan yang di bahagian hujungnya terbentuk bunga. Bunga membesar dan menghasilkan buah secara setompok rapat-rapat yang kelihatan seperti bulat.

Bunga nipah yang ingin dibuat kerabu atau sayur, hendaklah diambil sebelum ia kembang dan menghasilkan buah. Rasanya sedikit kelat, tetapi sedap.

Bagaimana resipi kerabu bunga nipah adalah sama dengan membuat kerabu mengguna bahan lain. Setiap orang boleh membuatnya mengikut cita rasa masing-masing. Apa yang penting, rasa bunga nipah berbeza dengan yang lain.





No comments:

Post a Comment