Masalah bekalan air dihadapi penduduk Kelantan sudah perkara
biasa. Banyak tempat berlaku gangguan bekalan air yang dibekalkan oleh Air
Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan
Kelantan.
Pengguna bekalan air di Kelantan seakan-akan sudah lali
dengan masalah tersebut. Ia berlaku sepanjang tahun kerana keupayaan loji
rawatan air yang sedia ada tidak mampu untuk menyediakan bekalan air bersih
secukupnya kepada rakyat Kelantan.
Keadaan menjadi lebih teruk pada musim perayaan dan cuti
sekolah apabila ramai perantau pulang ke Kelantan. Keperluan air meningkat
mendadak, sedangkan keupayaan loji pada paras yang sama.
Jadi, satu perkara yang agak pelik apabila pihak kerajaan Kelantan
mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan air disediakan AKSB akan mencukupi
sepanjang musim perayaan.
Satu keadaan yang tidak lojik dan hanya 'menipu' pengguna.
Kalau dalam keadaan biasa tidak mampu menyediakan air kepada pengguna,
tiba-tiba boleh pula memberi jaminan bekalan cukup pada musim perayaan.
Tidak ada jumlah sebenar perantau pulang berhari raya di
Kelantan. Namun, statistik dikeluarkan pihak polis, kira-kira sejuta kenderaan
memasuki Kelantan pada musim perayaan.
Jika sejuta kenderaan, tentu sekali sekurang-kurangya sejuta
orang perantau pulang berhari raya di Kelantan. Itu jika sebuah kenderaan hanya
dengan seorang penumpang atau pemandu sahaja.
Jika dihintung sebuah kenderaan dengan purata tiga orang,
maka jumlahnya sudah mencecah tiga juta orang. Jumlah itu adalah lebih sekali
ganda berbanding penduduk yang tinggal di Kelantan.
Ini satu statistik yang tidak 'bohong'. Dalam keluarga ambo
sahaja, semasa perayaan Aidilfitri 2019, jumlah bilangan adik, ipar dan anak
saudara yang balik lebih kurang 60 orang. Jumlah itu, hampir tiga kali ganda
bagi jumlah keluarga ambo berbanding yang tinggal di Kelantan.
Kalau begitu besar pertambahan bilangan pengguna air di
Kelantan semasa musim perayaan, di mana lojiknya kerajaan Kelantan mengatakan
AKSB mampu menyediakan bekalan yang secukupnya.
Pengumuman 'tidak bijak' itu menimbulkan rasa mara pengguna
air AKSB apabila beberapa hari sebelum Aidilfitri, gangguan bekalan air mula
melanda kebanyakan kawasan di Kelantan.
Kawasan kampung ambo di Padang Bongor (Batu 2 Jalan Pengkalan
Chepa) mengalami masalah bekalan air. Kali pertama dalam sejarah 30 tahun
menjadi pelanggan AKSB, di rumah mek ambo kena sedut air dari paip AKSB.
Untuk pada masa perayaan tahun-tahun hadapan, pihak kerajaan
Kelantan tidak perlulah membuat pengumuman tersebut yang dianggap sesuatu tidak
berpijak di bumi nyata.
No comments:
Post a Comment