Waktu membayar atau menunaikan
zakat fitrah ialah sepanjang Ramadan hingga sebelum imam angkat takbir
sembahyang sunat Aidilfitri.
Sesiapa yang tidak sempat
membayar zakat kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak berkuasa agama
kerana terlupa dan sebagainya, bolehlah melunaskan tuntutan agama itu dengan cara
membayar kepada golongan asnaf yang layak sebelum imam mengangkat takbir sembahyang
sunat Aidilfitri di tempat kita berada ketika itu.
Sesiapa yang membayar
selepas itu tidak lagi dianggap sebagai membayar zakat fitrah, tetapi sekadar dianggap
sedekah.
Menurut
jumhur ulama, zakat fitrah wajib dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu
negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.
Apakah
zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut
ulama Hanafi, zakat fitrah boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu
dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Manakala
menurut ulama jumhur (Maliki, Syafie, Hambali), tidak boleh dibayar zakat
fitrah dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan asasi.
Biarpun
penganut Islam di Malaysia berfahaman Mazahab Shafie, dalam kes membayar zakat
fitrah, pandangan ulama Hanafi digunakan pakai iaitu boleh membayar zakat
fitrah berdasarkan nilai semasa sumber makanan asasi yang dimakan penduduk
setempat.
Justeru,
di negara Malaysia majoriti orang Islam berzakat fitrah menggunakan matawang,
biarpun masih ada yang kekal menggunakan beras.
Zakat fitrah menjadi pelengkap kepada kesempurnaan ibadat
puasa. Ibadat puasa tanpa sempurna zakat fitrah adalah ibadat yang cacat, tidak
layak diangkat sebagai ibadat orang bertakwa.
Dijelaskan
zakat fitrah adalah ‘kenderaan’ menghantar ibadat puasa untuk diterima oleh
Allah. Justeru, sesiapa tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan
tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya tidak
diangkat.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan
zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan
makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari
raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari
jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam
matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas
terbenam matahari akhir Ramadhan.
No comments:
Post a Comment