Monday, 3 June 2019

CINA KELANTAN JADI CONTOH


Kita tidak harus meletakkan semua daripada kalangan bukan Islam dalam satu bakul yang sama dengan kumpulan yang bersikap prejudis terhadap Islam dan fanatik perkaumannya atau melampau.

Masih banyak orang bukan Islam di Malaysia yang percaya dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berdasarkan kepada ajaran agama anutan masing-masing.

Mereka bukan sahaja tidak membuat provokasi dan amalan bertentangan dengan Rukun Negara, bahkan bersedia untuk mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam sebuah negara mempunyai penduduk majmuk.

Inilah ciri-ciri dan identiti kaum Cina di Kelantan yang hidup harmoni tanpa curiga dan prejudis terhadap kaum Melayu. Dan sebagai 'balasan' kaum Melayu menerima kehadiran kaum Cina dengan hati yang terbuka.

Cina Kelantan juga dikenali Cina Peranakan Kelantan atau Cina Kampung, serasi dan selesa hidup bersama masyarakat Melayu.

Hidup dengan harmoni tanpa sebarang rasa curiga, berganding bahu membina masyarakat Malaysia yang utuh mengamalkan prinsip Rukun Negara.

No comments:

Post a Comment