Pemandangan
seperti gambar di atas memang biasa semasa sambutan Aidiladha ketika majlis korban.
Namun, suasana di dalam gambar di atas bukan pada acara korban, tetapi gotong royong
penduduk menyediakan hidangan untuk majlis berbuka puasa.
Di
kampung, penduduknya lebih mengutamakan kerja dan semangat gotong royong. Ringan
sama dijinjing, berat sama dipikul. Muafakat mereka amat erat dan dilakukan dengan
rasa tanggungjawab bersama.
Mereka
sanggup meninggalkan kerja atas tugas hakiki semata-mata untuk bersama bergotong
royong. Walaupun tindakan meninggalkan kerja itu bermakna mereka tidak mendapat
upah pada hari itu, namun demi semangat bersama menjayakan untuk kepentingan bersama,
mereka lebih mengutamakan kerja gotong royong.
Begitulah
masih utuhnya semangat gotong royong di kampung yang menyemai nilai-nilai kebersamaan,
tidak mementingkan diri dan kerjasama.
No comments:
Post a Comment