Sunday 7 July 2019

JERAM MENGAJI LOKASI REKREASI PILIHAN DI SELISING

Jeram Mak Nenek atau kini telah dikenali sebagai Jeram Mengaji mula dibangunkan sebagai pusat rekriasi dan perkelahan pada tahun 2005. 
 
Jeram Mengaji terletak lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Selising. Jarak dari bandar Pasir Puteh 22 kilometer manakala dari Kota Bharu sejauh 38 kilometer.

Jeram Mengaji terletak agak jauh dari jalam utama berbanding Jeram Pasu dan Jeram Linang. Namun, perjalanan menuju ke Jeram Mengaji tidak sukar kerana dihubungi jalan yang elok. 
 
Pengunjung berpeluang menikmati pemandangan kampung kawasan pertanian dan penternakan sepanjuang perjalanan menuju lokasi Jeram Mengaji.

Pada awalnya, kawasan berhampiran Jeram Mengaji dibangunkan oleh seorang individu secara persendirian dan kemudian diambilalih oleh satu yayasan amanah. 
 
Pembangunan di kawasan itu pesat dilakukan dan kini dikenali Jeram Mengaji Agro Resort.

Jeram Mengaji Agro Resort menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa seperti hotel bajet, asrama dan tapak perkemahan.

Selain mandi manda di kawasan jeram, pengunjung berpeluang untuk melakukan rentas hutan di kawasan bukit berhampiran.
 
 


 

No comments:

Post a Comment