Sunday 7 July 2019

DEFINISI WARGA EMAS MENGIKUT TAKRIFAN ANTARABANGSA

Definisi Warga Emas. Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Had umur 60 tahun digunakan sebagai rujukan had umur warga emas dalam polisi dan dasar untuk kesejahteraan warga emas di Malaysia. 

Bagaimanapun, banyak pihak atau negara memberi difinisi warga emas yang berbeza mengikut had umur tertentu berdasarkan kepada budaya masyarakat setempat.

Di negara kita sendiri, banyak pihak memberi had umur berbeza dalam mengkategorikan umur warga emas. Ada pihak mengatakan telah masuk usia warga emas apabila mencapai usia 50 tahun. Ini bersesuaian dengan panggilan atau gelaran apabila sesuatu berusia 50 tahun dikatakan Jubli Emas. 

Ada juga mengatakan umur telah mencapai warga emas apabila umur 55 tahun iaitu iaitu had umur untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekarja (KWSP) atau had umur membolehkan seseorang pejawat awam mendapat pencen. 

 




No comments:

Post a Comment