Tamparuli merupakan sebuah pekan kecil yang
terletak dalam daerah Tuaran, Sabah. Jaraknya dari Kota Kinabalu yang menjadi ibu negeri Sabah ialah
kira-kira 35 kilometer atau mengambil masa perjalanan kira-kira 40 minit. Majoriti
penduduknya adalah daripada suku kaum Kadazan Dusun.
Nama Tamparuli terkenal kerana adanya
Jambatan Gantung Tamparuli yang merentasi Sungai Tamparuli yang menjadi
sebahagian aliran Sungai Tuaran.
Jambatan Gantung Tamparuli menjadi mercu
tanda pekan Tamparuli. Lebih menarik lagi apabila ada sebuah lagu 'Jambatan
Tamparuli' yang dicipta oleh Justin Lusah.
Jambatan Gantung Tamparuli menjadi lokasi
'wajib singgah' bagi pelancong yang ingin menuju ke Kundasang dan Ranau. Mereka
akan mengambil peluang melalui jambatan tersebut dan tentunya mengabadikan
gambar kenangan.
Bagi mereka yang belum pernah pergi ke
Tamparuli, harus diingatkan Jambatan Gantung Tamparuli dan Jambatan Tamparuli
adalah dua objek yang berbeza.
Jambatan Gantung Tamparuli seperti namanya
adalah jambatan guntung yang dibina tergantung. Jambatan ini hanya untuk laluan
penjalan kaki dan lebih berfugsi sebagai tarikan pelancong untuk mengalami
pengalaman melalui jambatan gantung.
Manakala Jambatan Tamparuli konkrit berada tidak
jauh dari Jambatan Gantung Tamparuli yang berada lebih tinggi di atasnya. Jambatan
Tamparuli boleh dilalui pelbagai jenis kenderaan, termasuk kenderaan berat.
Jambatan Kaca Tamparuli
No comments:
Post a Comment