Sunday 14 July 2019

WAT BUDDHA DIWARTA TAPAK REKREASI KEBUDAYAAN KAUM SIAM

Di jajahan (daerah) Tumpat dikesan sekurang-kurangnya terdapat 12 wat atau rumah ibadat penganut Buddha. Jajahan Tumpat adalah penempatan utama kaum Siam yang majoritinya beragama Buddha.

Selaras dengan amalan menghormati dan menjaga hak penganut agama lain, Kerajaan Pas Kelantan telah mewartakan wat Buddha di jajahan Tumpat sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan masyarakat Siam sejak pertengahan tahun 2017.

Pewartaan itu bertujuan mengiktiraf kawasan rumah ibadat tersebut supaya tidak diganggu gugat mana-mana pihak pada masa depan.

Usaha Kerajaan Pas Kelantan membuktikan hubungan harmoni antara kaum dan agama telah lama wujud di Kelantan. Diharapkan perkara ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia, bahkan dunia.

Kewujudan wat Buddha di Tumpat yang mempunyai keistimewaan tersendiri menjadi daya tarikan kepada pelancong dari luar negara.

Pelancong bukan sahaja melihat keindahan wat dan mempelajari sesuatu mengenai agama Buddha, tetapi juga dapat memahami budaya hidup rakyat Kelantan yang saling menghormati dan menjaga hak kaum dan agama lain.

Salah satu wat terkenal di Tumpat ialah Wat Pikulthong yang terletak di Kampung Terbok. Pikulthong bermaksud Pokok Tanjung Emas.

Wat Pikulthong terkenal dengan patung Buddha berdiri. Patung Buddha berdiri berwarna kuning emas menarik perhatian pengunjung.

No comments:

Post a Comment