Kawasan
jajahan (daerah) Tumpat terdapat ramai keturunan Siam yang menganut agama
Buddha. Justeru, di jajahan Tumpat terdapat beberapa buah wat atau rumah ibadat
bagi penganut Buddha.
Antara
wat Buddha terkenal di jajahan Tumpat ialah Wat Phothivian, Wat Machimmaram,
Wat Phikulthong dan Wat Phikulyai, juga
disebut sebagai Wat Pikunyai.
Wat
Pikunyai terletak di Kampung Jubakar, antara
kawasan utama penempatan kaum Siam di Tumpat.
Tidak
diketahui asal nama 'Pikunyai, yang diberikan kepada wat tersebut. Namun, ada
pendapat megatakan nama pikunyai diambil dari nama 'pikun' atau pokok tanjung
yang terdapat di kawasan wat tersebut.
Pokok
tanjung yang terdapat di dalam kawasan Wat Pikunyai dipercayai berumur ratusan tahun.
Batangnya bahagian bawahnya amat besar, biarpun pokoknya tidak tinggi.
Pada
pintu gerbang masuk ke Wat Pikunyai tertulis dengan tarikh 2525 mengikut kalender
Buddha. Jika mengikut kalender Masihi ia adalah tahun 1982. Kalender Buddha lebih
awal 543 tahun sebelum kalendar Masihi.
Kewujudan
wat-wat Buddha di Tumpat dan juga di jajahan lain di Kelantan membuktikan kebebesan
beragama diamalkan di Kelantan serta sikap saling menghormati antara agama dan kaum.
No comments:
Post a Comment