Friday 12 July 2019

KENA SAMAN MUHASABAH DIRI SEBELUM SALAHKAN ORANG LAIN

Kena denda atau kena saman memang menyakitkan hati. Sejumlah wang perlu disediakan untuk menjelaskan saman. Kalau yang ada wang, mungkin itu perkara kecil. Bayar ajalah.

Masalahnya yang berdepan dengan masalah kewangan. Keperluan harianpun tidak mampu ingin ditanggung. Inikan pula hendak bayar saman yang jumlahnya beratus-ratus ringgit.

Kalau saman yang boleh ditangguhkan bayarannya, bolehlah diusahakan kemudian. Ini kes yang perlu dibayar segera. Contoh kes tayar kereta kena kunci. Kalau tidak bayar, kunci tidak akan dibuka.

Dalam kes begini memang sakit kepala. Terasa diri diri dizalimi dan pihak yang berkenaan tidak bertolak ansur.

Dalam kes ini mari kini kembali kepada asas. Pertama, kenapa kita kena saman? Tentu sekali kita telah melakukan sesuatu kesalahan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Kalau tidak ada kesalahan dilakukan, kita tidak akan sewenang-wenangnya disaman. Jadi, untuk mengelak disaman, jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

Bab melakukan kesalahan undang-undang, kita bukan sahaja boleh dikenakan saman, tetapi juga dosa yang pembalasannya di akhirat. Jangan pandang mudah perkara ini. Kita perlu taat kepada undang-undang atau pemerintah.

Kesalahan yang dikenakan sama itu biasanya turut melibatkan masalah kepada orang ramai. Contohnya letak kenderaan tidak di petak yang dikhaskan. Ini boleh menganggu lalu lintas dan mungkin membahayakan pengguna lain.

Sesungguhnya, Islam melarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesususahan dan mudarat kepada orang lain. Itu perbuatan dosa.

Kita dapati ramai pemandu yang meletakkan kenderaan ikut suka hati. Dia tidak fikirkan tentang orang lain. Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu mendatangkan kesusushan kepada orang ramai.

Atas sebab itu, amat patut mereka dikenakan saman sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Dalam Islam mengajar kita agar sentiasa muhasabah diri sebelum salahkan orang lain. 

Gambar sekadar hiasan.

1 comment:

  1. Mohon pihak berkuasa tinjau kenderaan parking di tepi Masjid Muhammadi Kota Bharu yang mengganggu lalu lintas. Walhal pihak masjid telah menyediakan parking yg sangat luas

    ReplyDelete