Bagaimana
caranya seseorang itu menggunakan fikiran dan mengawal hati, itulah yang akan
menentukan kehidupannya. Dalam konsep pemikiran ‘Reset Minda’ diperjelaskan
tentang dua situasi yang pasti berlaku dalam kehidupan seorang manusia setelah
dikurniakan oleh Allah SWT akal (fikiran) dan hati (perasaan).
Pertama,
sama ada ‘dipengaruhi’ atau ‘mempengaruhi’. Orang yang bijak atau ‘orang yang
jernih’, selalu berkata: “Dia melakukan kehidupan.”
Jom
audit diri, jika berasakan semua yang berlaku atas diri adalah hasil daripada
pilihan sendiri, datang daripada pertimbangan akal dan hati positif, itu
bermakna kita seorang yang mampu ‘mempengaruhi’ orang di sekeliling.
Formula
‘Reset Minda’, ‘ada–beri–dapat’ kerana wujudnya sikap positif dalam diri
seseorang. Dengan itu dia boleh memberi sesuatu yang positif kepada orang di
sekelilingnya.
Hasilnya
dia akan mendapat respons disebabkan kehidupannya yang positif. Orang yang
‘hidup dari dalam ke luar’ adalah seorang yang kental semangat, tidak mudah
dipengaruhi tetapi mampu mempengaruhi orang lain untuk menjadi baik.
Orang
yang ‘hidup dari dalam ke luar’ mempunyai kekuatan dalam jiwa dan rohnya
sendiri, sehingga tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Ini bermaksud diri
kita yang mencipta suasana dengan menarik orang lain ke dalam suasana yang
dicipta.
Petikan
tulisan: Prof. Datuk Dr Muhaya Mohamad
No comments:
Post a Comment