Monday 23 September 2019

CARA BERKESAN HAPUS SIPUT BABI

Siput babi menjadi musuh kepada penanam sayur dan herba pokok  berbatang lembut. Siput babi akan memakan batang dan daun yang bukan sahaja menjadikan pokok tidak menarik, pembesaran terbantut dan mungkin mati.

Siput babi biasanya akan keluar mencari makan pada waktu malam. Sebab itu ia sukar dicari untuk dimusnahkan atau dihapuskan.

Untuk menghalang kehadiran siput babi, biasanya petani akan menaburkan garam di laluan atau kawasan keliling pokok.

Cara menabur garam sekadar menghalang dan bukannya menghapuskan.

Cara berkesan untuk menghapuskan ialah mengutip siput babi dan kemudian dihapuskan dengan cara mengetuk cengkeram hingga hancur.

Badan siput babi yang telah hancur itu elok ditanam atau ditimbus di kawasan pokok. Bangkai siput babi itu boleh dijadikan sebagai baja kepada pokok.

No comments:

Post a Comment