Tiada
kempen boikot produk bukan Muslim. Kempen dijalankan ialah utamakan produk
Muslim atau beli barang Muslim dahulu.
Sebenarnya
tiada kempen boikot produk bukan Muslim secara serius seperti didakwa segelintir
pihak.
Kempen
yang dijalankan adalah menyokong produk muslim. Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF)
membawa pengertian bahawa jika ada dua produk yang sama tapi ada pilihan produk
dikeluarkan oleh orang Islam, utamakan produk Muslim dahulu.
Jadi,
mengapa pula ada pihak termasuk di kalangan pemimpin negara yang bercakap
mengenai kesan kempen boikot produk bukan Islam atau bukan Bumiputera?
Orang
Islam tidak disuruh memboikot produk bukan Islam, selagi produk itu halal.
Apa
yang diminta dilakukan oleh orang Islam ialah mengutamakan produk muslim.
Mengutamakan ialah mendahulukan atau membuat pilihan pertama terhadap produk
muslim.
Memilih
produk muslim dahulu bukan sebagai protes terhadap barang bukan Islam.
Sebaliknya dengan mengutamakan produk muslim, ia dapat memperkasakan dan
memperkuatkan ekonomi ummah.
Islam
menggalakkan supaya membantu sesama muslim. Ia boleh dianggap sebagai jihad
ekonomi untuk kekuatan muslim.
Bahkan,
jika cara itu dapat memulih dan mengelak maruah muslim daripada dihina, ia satu
fardu ain kepada setiap umat Islam.
Orang
muslim hanya boleh membeli barang keperluan buatan bukan muslim jika tiada
produk muslim.
Maka
itu, teruskan kempen utamakan produk muslim, tanpa perlu melaungkan slogan
boikot barang bukan Islam.
Apabila
kita membantu peniaga Muslim, rantaian ekonomi itu turut dirasai dalam pelbagai
sektor lain.
Contohnya
zakat, sumbangan pembinaan masjid, pembinaan madrasah, memberi peluang
pekerjaan kepada orang Islam kerana ia dilakukan oleh para usahawan Muslim.
Mustahil
sama sekali syarikat bukan Muslim yang keluarkan produk halal mengeluarkan
zakat korporat, menyumbang kepada pembinaan masjid, surau dan madrasah.
Kempen
utamakan membeli produk Muslim adalah suatu tindakan yang inklusif dan
kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif.
No comments:
Post a Comment