Dalam
keadaan serangan wabak Covid-19 yang masih bertali arus, rakyat sentiasa
menanti perkembangan terkini apa yang berlaku, terutama tindakan yang perlu
diambil atau dilakukan oleh rakyat untuk melawan musuh yang tidak nampak tetapi
ada di mana-mana itu.
Rakyat
juga ternanti-nanti apa tindakan kerajaan untuk menyelamatkan nyawa seluruh
penduduk dan perkembangan berkaitan ekonomi, pekerjaan dan apa-apa yang telah,
sedang dan akan dilakukan demi kesejahteraan rakyat.
Untuk
itu, kerajaan perlu mempunyai saluran khusus dalam menyebarkan maklumat terkini
mengenai keadaan semasa. Memandangkan isu Covid-19 melibatkan keseluruhan
sistem pentadbiran dan aktiviti kehidupan rakyat dari segi pekerjaan, sosial,
keagamaan, ekonomi dan sebagainya, apa-apa tindakan dari pihak kerajaan dan
rakyat perlu diseragamkan agar tidak berlaku kesilapan arahan dan tindakan disebabkan
masing-masing kementerian atau jabatan memberi arahan dan rakyat pula mengambil
tindakan tanpa mengikut prosuder yang sepatutnya diikuti.
Melihat
kepada keseluruhan isu ini, maka kabinet telah menetapkan atau melantik
individu tertentu dalam menyampai berita situasi semasa, arahan dan apa-apa
keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk makluman kepada rakyat dan apa
tindakan yang perlu dilakukan.
Dalam
hal ini, kabinet telah menugaskan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan
Keselamatan yang juga Menteri Pertahanan dalam menyampaikan berkaitan isu dan
dasar kerajaan dalam menangani isi Covid-19.
Manakala, Tan Sri Dr Noor Hisham
Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan pula bertanggungjawab perkembangan terkini
mengenai wabak dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.
Memandangkan
wabak Covid-19 tersebar begitu cepat dan sebarang tindakan juga perlu dilakukan
dengan cepat kerana melibatkan nyawa rakyat, maka sebarang perkembangan
mengenainya perlu dilakukan dengan pantas.
Dan,
bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan kepada rakyat adalah tepat dan sahih,
maka pendekatan mengadakan sidang media rasmi harian adalah kaedah paling
tepat.
Apa
yang disampaikan itu adalah keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi pihak
yang dipertanggungjawabkan mengendalikan acaman Covid-19 ini iaitu Majlis
Keselamatan Negara yang dianggotai oleh Perdana Menteri, menteri kabinet dan
ketua-ketua jabatan yang berkaitan.
Malang
sekali apabila tindakan tepat pihak kerajaan mengadakan sidang media khas yang disampaikan
oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai tidak perlu dan perlu
dihentikan.
Malah,
tindakan penting kerajaan itu diminta agar diberhentikan kerana didakwa semakin
banyak penjelasan diberikan, rakyat menjadi semakin keliru.
Saranan
dangkal Hannah Yeoh, ahli Parlimen DAP, menganggap sidang media harian dibuat oleh
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai mempromosi baju dan pameran rak, bukti
nyata pemimpin pembangkang tidak memahami denyut nadi rakyat yang inginkan maklumat
terkini dari pemimpin negara berkaitan wabak Covid-19.
Kalau boleh, rakyat
ingin sidang media itu dilakukan dua tau tiga kali sehari untuk mendapat maklumat
terkini.
Hannah
seperti ciapan di akaun Twitter beliau pada 21 Oktober menganggap sidang media
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob tidak memberi substantif membantu rakyat.
Hannah
sebenarnya lupa ketika Covid-19 baharu merebak dahulu dalam era pemerintahan Pakatan
Harapan (PH) apabila rakyat menjadi haru biru dan cemas disebabkan tidak ada
penyatuan maklumat dari pihak kerajaan.
Ketika
itu, pemimpin PH masing-masing sibuk ingin bercakap mengenai Covid-19 mengikut
kementerian masing-masing sehingga banyak berlaku percanggahan fakta dan
arahan.
Sebaliknya,
pada era Perikatan Nasional (PN) hanya seorang menteri dipertanggungjawabkan
bercakap mengenai Covid-19, menjadikan ia lebih bersasar, tepat dan berautoriti.
Tugas itu diserahkan kepada Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan
kedudukan beliau sebagai Menteri Kanan (Keselamatan).
Kepada
Hannah berpada-padalah dalam berpolitik. Jangan jadikan perkara betul menjadi
salah hanya mengikut kaca mata sempit pihak pembangkang.
Pemimpin pembangkang
sepatutnya berganding bahu dengan pihak berwajib dalam memerangi wabak
Covid-19, bukannya mencipta dakwaan yang mencerminkan kedangkalan pemikiran
pemimpin pembangkang.
No comments:
Post a Comment