Burung
merpati merupakan jenis burung yang paling dikenali di seluruh dunia. Bentuk badan merpati berbadan gempal dengan leher pendek dan halus, paruh langsing
dengan pangkal paruh berisi. Merpati makan biji benih, buah-buahan dan
tumbuh-tumbuhan.
Burung
merpati termasuk jenis burung yang bersifat jinak dan akrab dengan manusia. Sebab itu,
merpati dipelihara sebagai haiwan permainan atau kesayangan.
Pun begitu, ada
yang memelihara merpati untuk tujuan mendapat daging yang kaya dengan khasiat.
Merpati
dijadikan lambang kesetiaan dalam hubungan, kerana burung itu cenderung tinggal
bersama pasangannya sepanjang musim. Merpati mengamalkan monogami atau tidak
bertukar pasangan.
Burung
merpati cepat membiak. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan
dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan
mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang.
Burung
jantan akan mengambil tugas mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang,
manakala yang betina akan mengambil masa yang selebihnya.
Penetasan
telur akan berlaku biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses
pengeraman. Anak-anak burung merpati mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh
berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh
terbang adalah 30 hari.
Merpati
jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga untuk
disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain, tetapi
memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati
(pigeon milk).
Ia
bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa di dalamnya, namun
begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang
merangsang pengeluaran susu dalam mamalia.
Susu’
ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein
nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10
hari, ia itu setelah mereka mula boleh makan bijirin.
Dalam
masa waktu yang singkat iaitu 35 hari sepasang merpati sudah mampu menghasilkan
keturunan seterusnya. Ini bererti dalam satu tahun sepasang merpati mampu
menghasilkan keturunan 10 kali dan sekurang-kurangnya seekor boleh menghasilkan
anak 2 ekor.
Pembiakan
merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat dikatakan
bermula lebih 3,000 tahun yang lalu.
Dalam tempoh masa ini pembiakan dan kacuk
biak merpati untuk menghasilkan baka-baka hiasan telah menjadi satu seni. Lebih
300 jenis baka merpati wujud pada hari ini.
Setiap
satu jenis baka mempunyai ciri-ciri berbeza sehingga amat jauh ciri-cirinya
berbanding yang lain. Ada jenis merpati yang mampu terbang secara terus menerus
selama 20 jam.
Kelajuannya boleh mencecah kira-kira 70 hingga 80 kilometer
perjam. Ada jenis merpati yang mampu terbang sejauh 1500 kilometer untuk
satu-satu penerbangan.
Jangka
hayat burung merpati berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke
15 tahun.
Burung
merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat burung. Ianya
tidak seperti burung jenis lain. Diet burung merpati juga mudah diperolehi di
pasaran.
Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan tempat yang bersih untuk
mengelak dijangkiti penyakit, naik puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah
membiak di badannya.
Diet
atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin, tetapi ia boleh
berbeza mengikut spesis.
Ada juga spesis yang makan buahan dan juga serangga
serta cacing, manakala merpati feral yang terdapat di kota mengambil bijirin
dan juga bahan buangan manusia sebagai makanan.
Beberapa
sumber karbohidrat dan lemak yang terbaik dapat diperoleh dari jagung dan beras.
Manakala sumber protein terbaik dapat diperoleh dari kacang hijau dan kacang
merah.
No comments:
Post a Comment