Pasar Gok Kapor berkonsepkan pasar petang.
Masa operasinya bermula pukul 2 petang sehingga 7 malam. Pasar Gok Kapor
terletak di Kampung Gok Kapor atau juga dikenali Kampung Cina, terletak di tepi
Sungai Kelantan.
Pasar Gok Kapor terletak 2 km dari pusat bandar
Kota Bharu. Keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana menjual hasil laut segar dengan
harga berpatutan.
Sumber hasil laut seperti ikan, udang dan
ketam diperoleh dari nelayan pantai di Kampung Kuala Besar dan Pantai Sabak.
Selain hasil laut segar, di Pasar Gok Kapor
juga terdapat jualan kuih, buah-buahan, keperluan dapur dan ikan kering
dihasilkan pengusaha tempatan.
Namun, sambutan pembeli berkunjung ke Pasar
Gok Kapor semakin berkurangan. Disebabkan kurang mendapat sambutan, penjual
yang dahulunya berniaga di situ telah berpindah ke tempat lain.
Jualan ikan segar yang dahulunya menjadi
identiti Pasar Gok Kapor telah berkurangan. Hanya beberapa orang penjual ikan
masih berniaga di situ, selain peniaga sayur, ayam, ikan kering dan kuih muih.
Susulan peniaga yang sudah berkurangan,
peniaga yang masih berniaga di situ mencadangkan agar susun atur gerai dapat diubah agar lebih menarik dan
selesa.
Beberapa gerai simen terletak di hadapan tangga wajar dirobohkan agar
memberi keselesaan kepada pengunjung untuk terus memilih baris gerai mana ingin
dituju.
Selain itu, tempat letak motosikal yang
tersusun perlu disediakan di dalam kawasan pasar. Manakala tempat letak kereta di
tepi jalan di kawasan luar seperti sekarang ini.
Kebersihan dan keceriaan tapak pasar juga
perlu diberi perhatian untuk menarik perhatian pengunjung.
No comments:
Post a Comment