Setiap tahun
Kelantan dilanda banjir. Bezanya tahap atau keadaan banjir tidak
sama. Pada tahun tertentu mungkin banjir besar berlaku dan pada tahun lain
pula sekadar ’air
menuh’.
Begitu juga tahap banjir di
sesuatu kawasan. Ia tidak sama biarpun berada dalam daerah atau jajahan yang
sama. Mereka yang mengalami banjir biasanya hanya yang tinggal berhampir
tebing sungai dan kawasan rendah. Sedangkan yang lain langsung tidak terjejas
biarpun hujan lebat di kawasan tersebut.
Banjir 2014 dianggap terbesar
dalam sejarah beberapa puluh tahun. Itu pun hanya melibatkan beberapa kawasan
tertentu saja. Bahkan ada penduduk yang menyatakan bahawa banjir 2014 di
kawasannya adalah yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.
Macam-macam tafsiran dibuat oleh penduduk yang mendiami di sesuatu kawasan. Tetapi rata-rata menyatakan banjir 2014 antara yang terburuk untuk sekurang-kurangnya 10 atau 20 tahun.
Macam-macam tafsiran dibuat oleh penduduk yang mendiami di sesuatu kawasan. Tetapi rata-rata menyatakan banjir 2014 antara yang terburuk untuk sekurang-kurangnya 10 atau 20 tahun.
Kawasan paling terjejas bah
tahun 2014 ialah Rantau Panjang dan Pasir Mas. Untuk kawasan Rantau Panjang dan
Pasir Mas (sebenarnya satu jajahan yang dikenali Pasir Mas), lebih 10000
penduduk dipindah. Jajahan lain yang mengalami bah teruk ialah Tumpat dengan
hampir 4000 mangsa, Kuala Krai 3000 dan Gua Musang 4000 orang.
Jajahan Gua Musang dianggap
paling mengejutkan. Biasanya jajahan ini hanya mengalami banjir yang tidak
melibatkan jumlah mangsa yang ramai. Sebab itu, berdasarkan pemerhatian
penduduk ada yang mengatakan tahap banjir di kawasanya di Gua Musang adalah
yang terburuk dalam tempoh 65 tahun!
Mengapa banjir tahun 2014
begitu teruk, sedangkan hujan dianggap biasa seperti tahun-tahun sebelum ini
atau kalaupun adalah pertambahan sedikit saja. Ada yang mengaitkan kejadian itu
berpunca tidak ada pengurusan baik dari segi perparitan dan saliran, terutama
yang terjadi di kawasan perumahan. Air naik mendadak yang lebih bersifat
sebagai banjir kilat. Ia hanya melibatkan kawasan perumahan berkenaan,
sedangkan jiran yang berdekatan tidak mengalami banjir.
Bagi yang tinggal di kawasan tepi sungai, air mengalir laju disebabkan
banyak kawasan telah digondolkan. Hutan atau pokok yang berperanan mengecah
alir hujan mengalir laju telah tiada. Sebab itu, air yang mengalir memasuki
sungai dan seterusnya laut dalam keadan keruh yang mengandungi kumin-kumin
tanah.
Kejadian banjir besar
dijadikan peristiwa penting dalam lipatan sejarah Kelantan. Ini kerana ada
golongan tua yang menjadikan peristiwa itu sebagai ’penentu’ usia
untuk dibandingkan di antara seseorang. Contohnya, disebut’masa
bah tu umur ambo 10 tahun”, ’anak
ambo lahir sebelum bah merah” dan
sebagainya.
Dengan kata lain, peristiwa
banjir dijadikan ’dasar masa’untuk
menentukan masa sebelum atau selepas, walaupun kebanyakan mereka tidak
mengingati tahun sebenar peristiwa banjir tersebut. Banyak kes kelahiran di
Kelantan dirujuk berdasarkan kepada usia ’lebih’ kurang
berdasarkan kepada peristiwa banjir.
Sebab itu, dikatakan sejarah
banjir begitu sinonom dan bermakna bagi rakyat Kelantan.
Sejarah banjir atau dipanggil
bah yang masih dalam ingatan warga emas di Kelantan ialah Bah Merah. Peristiwa
itu menjadi bualan setiap kali topik banjir besar diucapkan. Atau,
ia dikira sebagai perbezaaan untuk tahap banjir sesuatu tahun untuk
perbandingan.
Mengikut catatan, hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan. Hujan banyak turun di kawasan hulu Sungai Kelantan, selain turut membasahi keseluruhan Tanah Rendah Sekebun Bunga. Ini menyebabkan air melimpah melepasi tebing Sungai Kelantan dan menegelamkan kawasan rendah.
Bah Merah dikira luar biasa kerana banyak tempat yang biasanya tidak dinaiki air pada setiap kali banjir, turut dilanda banjir. Maka, kesan malapetaka itu tentu sekali turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk. Bandar Kota Bharu menyaksikan semua tempat ditengelami banjir.

Bah Merah diberikan nama ’merah’ berikutan
banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur
daripada bahagian hulu negeri ini.
Kejadian banjir besar pada
1926 dipanggil Bah Merah disebabkan warna air banjir bertukar daripada warna
teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai
runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur.
Kira-kira 40 tahun kemudian di
penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini
dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut
terjejas.
Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Memang di Kelantan ini dikira
hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan
1967. Antara catatan bah besar yang turut diingati oleh rakyat Kelantan ialah
pada tahun 2004.
Sebenarnya tahap banjir di sesuatu tempat sering dijadikan rujukan kerana bagi membolehkan perancangan untuk mendirikan rumah atau bangunan di sesuatu kawasan. Contohnya, banyak perancangan membina rumah tertenggendala apabila kawasan itu ditengelami air pada tahun 2004.

Walaupun tahap banjir sampai
di kawasan berkenaan hanya dalam tempoh berpuluh tahun sekali, tetapi bagi yang
mementingkan keselamatan nyawa dan harta benda, perkara itu diambil kira.
Sebab itu banyak projek perumahan atau perancangan membina bangunan terbengkalai selepas tahun 2004. Ada rumah yang dalam proses pembinaan terus ditinggalkan tanpa disiapkan.
Sebab itu banyak projek perumahan atau perancangan membina bangunan terbengkalai selepas tahun 2004. Ada rumah yang dalam proses pembinaan terus ditinggalkan tanpa disiapkan.
Banjir 2014 bakal menjadi
penanda aras baru tahap banjir di sesuatu kawasan.
No comments:
Post a Comment