Friday, 20 January 2017

PERLEMBAGAAN RUJUKAN PENTADBIRAN NEGARA

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Ia adalah suatu kumpulan dokumen bertulis undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan negara dijalankan. 

Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara, kedudukan, nama, peraturan, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Antara kepentingan Perlembagaan Persekutuan ialah menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan Persekutuan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

Jadi tidak ada pihak boleh pandai-pandai atau sewenganya mengubah sistem pemerintahan negara.  Terkini, sikap pihak yang mempertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agung dan Sultan mencerminkan sikap biadap dan tidak mematuhi apa yang telah tercatat dalam Perlembagaaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan juga berperanan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Namun, rakyat perlu memahami setiap hak yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan dalam ertikata yang sebenar dan bukannya berdasarkan kepada takrif sendiri. Isu yang sering menjadi polimik ialah berkaitan kebebesan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan (Perkara 10) serta kebebasan beragama (Perkara 11).  Rakyat perlu memahami erti sebenar hak-hak itu dan bukannya melihat secara mendatar saja.

Perlembagaan juga sebagai menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Kepentingan lain Perlembagaan Persekutuan ialah untuk memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. Selagi mana rakyat berpegang kepada roh Perlembagaan Persekutuan, maka kehidupan rakyat akan terjamin dalam semua hal.
    
Secara tuntasnya kepentingan perlembagaan menjadi kemudi menentukan haluan negara.  Tanpa kemudi, haluan tidak dapat ditentukan dan sukar untuk menuju arah yang ditetapkan. 

Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.
·        Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
·        Bahagian 2 - Kebebasan asasi
·        Bahagian 3 - Kewarganegaraan
·        Bahagian 4 - Persekutuan
·        Bahagian 5 - Negeri-negeri
·        Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
·        Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
·        Bahagian 8 - Pilihanraya
·        Bahagian 9 - Kehakiman
·        Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
·        Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
·        Bahagian 12 - Am dan pelbagai
·        Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
·        Bahagian 13 - Peruntukan sementara
·        Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
·        Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Selain itu dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat jadual-jadual yang menjadi rujukan kepada perkara-perkara yang berkaitan. 

·        Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
·        Jadual Kedua [Perkara 39]
·                    Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
·                    Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
·                    Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
·        Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
·        Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
·        Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
·        Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
·        Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
·        Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
·                    Bahagian I - Peruntukan Tetap
·                    Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
·        Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
·        Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
·                    Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
·                    Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
·                    Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
·                    Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
·                    Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
·        Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
·        Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
·        Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

No comments:

Post a Comment