Wednesday 29 March 2017

Nilai harga belangkas mahal di pasaran

Belangkas kini mendapat permintaan tinggi penggemar makanan eskotik. Tengok pada bentuk badan, ramai tidak menyangka isi dan telur belangkas boleh dimakan. Belangkas sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.

Namun, diingatkan kepada mereka yang tidak biasa mengopek atau mengeluarkan isi dagang dan telur belangkas, mereka perlu mempelajari atau mengetahui bahagian-bahagian tertentu badan belangkas. Tidak semua bahagian badan belangkas boleh dimakan. Ini kerana terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan seperti rasa pening.  

Belangkas semakin diminati sebagai makanan eskotik. Kini terdapat banyak restoran menyediakan hidangan belangkas yang mendapat permintaan ramai. 

Belangkas yang pada masa lalu tidak laku dan tidak diminati kini telah menjadi hasil dagangan ekspot. Terdapat pengusaha yang mengeksport belangkas ke luar negara.

Memandangkan permintaan belangkas semakin tinggi dan menyebabkan populasinya berkurangan, kerajaan melalui kerjasama pusat pengajian tinggi dan agensi penyelidikan berkaitan sumber air menjalankan kajian terperinci mengenai belangkas, terutama berkaitan pembiakan serta habitatnya.

Jika penangkapan belangkas dilakukan dalam skala yang banyak ia berdepan masalah kepupusan. Ini kerana proses pembiakan mengambil masa agak lama. Belangkas mengambil masa lama untuk matang seperti bertelur saja, prosesnya selepas mencecah usia 10 tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun kesepuluh pula ia baru mencari pasangan untuk mengawan.

Belangkas mempunyai nilai perubatan tinggi. Selain daging, telur dan darah, kulit (karapas) belangkas yang selama ini menjadi bahan terbuang tapi kini mempunyai nilai tinggi.

Kulitnya didapati mempunyai nilai kerana mengandungi kitin (bahan mentah menghasilkan kitosan dan berguna sebagai makanan untuk diet atau mengurangkan berat badan) yang tinggi berbanding biasa ditemui pada udang atau cangkerang ketam.

Kitosan dalam dunia perubatan digunakan untuk menyerap lemak dalam badan yang dijual dalam bentuk kapsul.

Memandangkan permintaan tinggi terhadap belangkas, kini terdapat usaha pemeliharaan belangkas di dalam sangkar.

No comments:

Post a Comment