Monday 12 June 2017

Jenis ketam kayu

Ketam kayu sejenis alat digunakan melicinkan kayu (papan dan lain-lain). Ketam kayu banyak jenis mengikut fungsinya seperti ketam betina, ketam lidah, ketam panjang, ketam golek, ketam pangkas dan ketam pelicin. 

Memang generasi sekarang kurang mengenali ketam kayu.  Pertamanya kerana kegunaan ketam telah dilakukan oleh mesin walaupun mesin itu sebenarnya juga masih dipanggil ketam. Keduanya, kerja-kerja kayu ini semakin kurang kerana bahan binaan rumah sekarang ini lebih banyak menggunakan batu bata dan besi. Ketiganya, kerja-kerja kayu kini dilakukan di bengkel, berbanding dulu dibuat di tempat di mana rumah dalam proses pembinaan.

Pada masa dulu, proses mengetam kayu memang antara aktiviti paling banyak dilihat di tempat rumah dididikan. Kayu diketam bukan saja untuk melicinkan permukaan, tetapi juga untuk 'membetulkan' kedudukan permukaan kayu. Ia juga proses untuk 'membuang' sedikit permukaan kayu tanpa menggunakan gergaji.

Ketam kayu tradisional bentuknya ringkas.

- Bahagian utama ialah blok ketam atau badan ketam. Bahagian utama ini berbentuk balok ukuran sekitar 25 x 7,5 x 5,5 cm dengan bahagian dasar sangat rata dan halus. Badan ketam diperbuat dari kayu yang terbaik atau keras.

Pada bahagian tengahnya dilubangi sedemikian rupa untuk mata pisau beserta pasak pengunci.

- Batang pegangan atau tangan ketam: Terdapat lubang melintang di tengah blok ketam untuk menempatkan batang kayu sebagai pegangan. 

- Mata pisau utama:
Mata pisau selebar sekitar 44mm menjadi bagian penting untuk ketam kayu.

- Pisau penebal
Berfungsi untuk mengatur ketebalan serutan. Plat pisau ini terhubung dengan pisau utama dengan sekrup yang dapat menentukan kedudukan pisau penebal terhadap pisau utama.


- Pasak Pisau. 
Pasak pisau berfungsi untuk mengetatkan kedudukan pisau terhadap blok ketam.  

No comments:

Post a Comment