Sunday 18 June 2017

Mengapa manusia perlu pasangan

Allah menjadikan setiap perkara berpasang-pasang. Kejadian manusia ada lelaki dan wanita. Ketika mulanya, hanya Nabi Adam mendiami syurga. 

Kehidupannya sunyi dan tidak bererti. Lalu Allah menjadikan Hawa sebagai pasangan. Melalui hubungan suami isteri Hawa melahirkan zuriat manusia yang kekal hingga kini.

Sesungguhnya, hubungan seks antara suami isterimerupakan pengikat kasih sayang selain untuk melahirkan zuriat yang bersih dan menjalani kehidupan keluarga secara berkasih sayang. Justeru, urusan hubungan seks atau nafkah batin tidak boleh dipandang ringan. 

Soal seks sering membawa kepada masalah hubungan suami isteri hingga membawa kepada perceraian. Pasangan musa belum tentu tidak berdepan masalah hubungan seks.  

Banyak suami tidak kuat biarpun usia masih muda. Mereka berdepan dengan masalah tenaga batin berpunca cara hidup yang tidak sihat.   

Ada yang mengatakan, seks hanya penting ketika mula-mula berkahwin dan kemudian beransur-ansur dingin. Hal ini sebenarnya tidak betul. Pasangan suami isteri sebenar perlu kepada seks hingga lewat usia perkahwinan.

Maka suami yang baik tidak akan berdepan dengan masalah tenaga batin untuk terus memberi nafkah batin kepada isteri.     

Pada masa sama, ada juga pihak yang mengatakan soal tenaga batin satu persoalan remeh-temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan. 

Ini kerana bagi mereka isu tenaga batin tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa.

Sesungguhnyan, Islam menjadikan urusan seks suami isteri sebagai satu ibadat jika dilakukan mengikut apa yang ditetapkan oleh syariat. 

Sebab itu, sesiapa yang berkahwin dianggap sebagai telah menyempurnakan sebahagian perkara penting dalam kehidupan manusia.   

Rasulullah SAW sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaan berkahwin. Sabda Baginda bemaksud: “Akulah orang paling beriman dan bertakwa. Namun, aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku”. (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu bersetubuh dengan isteri kamu, kamu akan mendapat pahala.” Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala?!, 

Rasulullah SAW dengan hikmah menjawab: “Benar, bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal.” (Hadis riwayat Muslim).

Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin.

Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun, ramai isteri yang tidak puas ketika jimak bersama pasangannya. 

Dalam dunia penuh hasutan syaitan ini, persoalan tidak cukup nafkah batin bukan perkara remah. 


Ada isteri yang mencari pasangan lain untuk puaskan keperluan batin apabila suami menghadapi masalah tenaga batin. Mereka cari pasangan gelap untuk memenuhi kehendak batin yang gagal diberikan oleh suami.  

Oleh itu, Islam memang memberi perhatian serius dalam mengubati masalah lemah tenaga batin ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiaannya. 

Cuba baca dan renungkan fakta-fakta ini:

- 70% isteri mengatakan mereka tidak pernah mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.

- 65% isteri mengakui sering berpura-pura mencapai orgasme untuk memuaskan hati suami mereka. Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu.

- 78% daripada isteri mengaku mereka lebih suka dibelai-belai saja dari melakukan seks memandangkan mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.

Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah lemah tenaga batin. 

Mereka kurang berusaha untuk menyelesaikan lemah tenaga batin kerana disebabkan malu  atau ego yang menebal.

Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. Mereka bukan tidak mahu, tetapi sudah menjangkakan tidak akan puas disebabkan masalah lemah tenaga batin suami.   

Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di bahu anda untuk memastikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri dapat ditunaikan sebaiknya.

Bagi yang berasa menghadapi masalah tenaga batin, jangan malu untuk berusaha mencari jalan penyelesaian. 

Jumpa pakar masalah tenaga batin lelaki. Atau amalkan amalan tertentu yang boleh membantu menyelesaikan masalah tenaga batin.  


Ramai di kalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas nafkah batin. Jangan pandang remeh masalah ini.

No comments:

Post a Comment