Saturday 19 January 2019

APABILA WUJUD HASAD DENGKI DALAM HATI

Apabila rasa hasad wujud dalam hati, jangan dilahirkan dalam bentuk ucapan dan tindakan. Jaga lidah jangan sampai menuturkan tentang orang yang kita hasadkan kepada orang lain.

Atau jangan menulis (dengan tujuan menyebarkan) sesuatu yang negatif berkenaan dirinya. Jangan sekali kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh memudaratkan lagi keadaan seperti mengintip, mencari rahsia, mengumpat, mengejek atau memfitnah.

Maksudnya selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati maka ia belum jatuh ke tahap berbahaya. Cepat cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

Ini juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut (kerana sesuatu), buruk sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut (kerana sesuatu) maka jangan mundur (hadapilah), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya)." (Hadis riwayat Baihaqi)

No comments:

Post a Comment