Monday 18 February 2019

TAKAFUL INSTRUMEN PERLINDUNGAN IKUT SYARIAH

Satu kaedah yang diterima sebagai instrumen perlindungan ialah takaful atau insurans. 

Sebenarnya ramai tidak menyedari, insurans telah diperkenalkan oleh Rasulullah setelah berhijrah ke Madinah dengan mewujudkan ‘aqila’ yang hampir sama konsepnya dengan amalan insurans atau takaful sekarang. Setiap orang perlu mencarum untuk satu tabung dinamakan ‘al-Kanz’. 

Wang tabung itu digunakan apabila berlaku kejadian pembunuhan tidak sengaja yang mana keluarga mangsa akan menerima pampasan atau diyat. Pembayaran pampasan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga si mati.

Wang tabung itu juga digunakan untuk kebajikan umat Islam apabila berlaku musibah dan menebus tawanan perang. Dengan kata lain, wang tabung sistem aqila digunakan untuk kepentingan bersama dan membina kekuatan hubungan sesama Muslim. 

Pada era modan hari ini, instrumen perlindungan menjadi syarat penting dalam banyak aktiviti ekonomi.

Di negara maju, institusi insurans berkembang pesat hinggakan tanpa memiliki polisi insurans adalah sukar untuk mendapat rawatan perubatan. 

No comments:

Post a Comment