Wednesday 22 May 2019

AK 3 - MENDUNG TIDAK SEMESTINYA HUJAN

Mendung tidak semestinya hujan akan turun. Hujan pula tidak semestinya masalah air akan selesai. Biarpun Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) mengatakan masalah gangguan bekalan air disebabkan musim kemarau, ambo mempunyai pengalaman sebaliknya.

Masalah gangguan bekalan air yang dibekalkan oleh AKSB sebenarnya tidak bermusim. Ia bukan sahaja berlaku pada musim kemarau yang dijadikan alasan, tetapi sepanjang tahun, termasuk musim tengkujuh.

Pengalaman ini ambo alami beberapa tahun lalu. Ketika itu musim tengkujuh yang mana hujan turun saban hari.

Pada satu hari, di rumah ambo berlaku gangguan bekalan air. Sedangkan pada waktu itu, di hadapan rumah ambo air melimpah parit dan telah memenuhi ruang tempat letak kereta.

Jadi, di mana lojiknya, masalah gangguan bekalan air berlaku disebabkan masalah bekalan air mentah sebelum dirawat untuk disalurkan kepada pengguna AKSB?

AKSB gagal mengurus operasi merawat dan membekalkan air kepada pengguna sepanjang masa, tetapi sering mencari alasan untuk mengelirukan pengguna.

No comments:

Post a Comment